Tengah uji bampar baharu ke tu? Sampai tak boleh nak berenggang langsung berdua. Kali ini foto dan video intipan terbaharu Proton Iriz MC2 dan Persona facelift telah berjaya dirakam oleh rakan pembaca kami, Alsaddam Suhaimi. Kedua beradik ini berjaya dikesan semalam sekitar KL Sentral.
JOM BACA >> INTIP : Persona facelift ditemui lagi, rekaan rim jelas kelihatan
Kalau mereka berdua ronda bandar raya Kuala Lumpur hari ini mesti ada yang ingat mereka nak turut serta dalam perhimpunan bantah ICERD. Macam biasa mereka masih memakai celoreng penyamaran bagi mengelakkan rupa sebenar dilihat oleh orang awam sebelum pelancaran rasminya dibuat.
Menurut Alsaddam, unit infohibur baharu model Persona facelift masih lagi ditutup namun fotonya tidak dapat dirakam kerana pada ketika itu beliau sedang menunggang motosikal dan unit ujian terebut terus memecut laju setelah menyedari mereka sedang diintip. Buat masa ini apa yang pasti, kedua-dua model ini akan lebih diperhalusi dari segi NVH selain perubahan kosmetik pada bahagian luaran.
JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI