ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat ujian Boeing 737-400 milik Israel Aerospace Industries-Elta kelilingi ruang udara Singapura

Berita Global

Views

Portal Defence Security Asia melaporkan, sebuah pesawat Boeing 737-400 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) dikesan mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar di Singapura selepas menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat jam mengelilingi pulau itu, semalam.

Pesawat itu dengan nombor pendaftaran 4X-AOO mendarat di pangkalan udara tentera Singapura itu selepas terbang setinggi 19,000 kaki selama empat jam di pulau itu. Apa yang menarik, ia merupakan pesawat “test-bed” atau uji kaji.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Wikipedia, pesawat itu telah digunakan untuk membangunkan pelbagai sistem termasuk maritime patrol signal intelligence, image intelligence using synthetic aperture radar, Aircraft Early Warning dan Flight Guard serta sistem pertahanan peluru berpandu untuk pesawat komersial.

Menerusi imej yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Instagram bernama dc_ah, pesawat 737-400 terbabit dilengkapi dengan radar Maritime Patrol dibawah badan pesawat.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Satu lagi gambar yang disiarkan oleh laman Facebook Israel Industries pada Ogos tahun lalu memaparkan pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran yang sama dilihat memiliki kon di muncung pesawat, berkemungkinan menempatkan radar.

Selain daripada perkara yang kita boleh lihat seperti radar, pesawat itu dipercayai membawa pelbagai sistem penderia atau sensor yang amat sensitif. Oleh yang demikian, kehadirannya di Singapura itu telah menarik perhatian ramai. Ada kemungkinan juga pesawat ini sedang menguji suatu sistem yang baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit dc_ah dan Defence Security Asia

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply