ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tahan lelaki seret kucing

Tular

Views

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular kejadian seekor kucing diseret seorang penunggang motosikal di Kampung Melayu, Langkap di Teluk Intan, semalam.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir untuk menyerah diri di Balai Polis Langkap pada pukul 9 malam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, lelaki terbabit turut membuat laporan polis bagi menafikan berita tular itu. Suspek datang ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan penafian selepas diberitahu keluarganya berkaitan video tular itu.

Menurut suspek, tujuan sebenar dia menangkap kucing itu adalah untuk dibuang di kawasan kedai makan berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kaki depan kucing itu telah terkeluar dari jaring sauk dan menyebabkan kucing itu terseret di atas jalan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengambil keterangan lelaki itu dan dia telah dilepaskan dengan jaminan polis. Katanya, siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya selepas siasatan selesai. Terdahulu, video tular berdurasi satu minit itu tular di media sosial setelah dimuat naik pengguna jalan raya hingga mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejam lelaki itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply