ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket lerai kenderaan curi – Lima individu diberkas

Berita Tempatan

Views

Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Desa Mentari di Petaling Jaya, Khamis lalu susulan aduan yang diterima berhubung kejadian kecurian pelbagai jenis kenderaan.

K!ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua suspek ditahan ketika sedang leka meleraikan komponen sebuah kereta jenis Perodua Kembara di tepi jalan kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut mendapati ia telah dilaporkan hilang pada 29 April lalu di Sea Park, Petaling Jaya dan hasil soal siasat telah membawa pasukan polis ke sebuah premis barang lusuh di kawasan sama kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

Di premis tersebut pasukan serbuan telah berjaya menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing yang sedang melakukan kerja-kerja peleraian kenderaan dan pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 13 rangka kenderaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Menurut Mohamad Fakhrudin, daripada 13 rangka kenderaan yang ditemui itu, enam daripadanya telah dilaporkan hilang dan pihak polis turut merampas barangan seperti tayar dan rim, komponen kenderaan, mesin pencanai (grinder) termasuk tong sampah roro berisi barangan lusuh.

Jelas beliau, tiga suspek warga tempatan yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau serta dadah dan kami percaya dengan tertangkapnya kesemua suspek pihak polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan model lama di daerah Petaling Jaya selain lima kes di daerah luar.

Tambah beliau lagi, kesemua suspek kini direman sehingga 7 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply