ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi bawa daun ketum semasa lalu di SJR

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki diberkas polis selepas cuba melarikan diri sejauh 30 kilometer gara-gara membawa daun ketum seberat 14 kilogram (kg) ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Mufti Haji Khalil, baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut K! ONLINE, suspek berusia 26 tahun itu berjaya diberkas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dipandunya terbabas sendiri di susur Jalan Salim, Merlimau, di Jasin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam ketika suspek tiba di SJR tersebut dari arah Jalan Tun Razak, Ayer Keroh.

Jelas beliau, ketika pihak polis ingin memeriksa kenderaannya, suspek tiba-tiba memecut laju dan sepasukan polis mengejarnya hampir 30 kilometer sehingga MPV dinaikinya terbabas sendiri di susur Jalan Salim, Sebatu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Hasil pemeriksaan lanjut kenderaan suspek menemui empat bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun dipercayai ketum dengan anggaran berat 14 kg. Jelasnya, hasil soal siasat bekalan daun ketum itu dipercayai telah dibawa masuk ke negeri ini untuk pasaran tempatan.

Suspek merupakan orang Merlimau dan pihaknya mengesyaki daun ketum ini telah dibawa masuk dari luar Melaka, namun siasatan lanjut sedang dilakukan. Tambah beliau lagi, suspek telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 mengikut Peraturan 4 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply