ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prasarana dapat pengiktirafan MEBLA

Views

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato ‘Sri Azmi Abdul Aziz baru baru ini telah menerima anugerah Kecemerlangan Kepimpinan dalam Anugerah Pembangunan Infrastruktur pada edisi ke-7 MEBLA, yang telah diadakan di London. MEBLA atau Middle East Business Leaders Awards adalah anugerah yang dianjurkan oleh The Leaders International, sebuah majalah bisnes berimpak tinggi yang berpusat di Malaysia dan disokong American Leadership Development Association yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sebanyak 123 pencalonan daripada 17 buah negara dari pelbagai kategori anugerah telah diterima, di mana 32 syarikat yang menerima anugerah ini telah dinilai oleh panel juri yang berbeza mengikut kategori seperti teknologi maklumat, penerbitan, kesihatan dan pengangkutan awam. Anugerah yang diterima oleh Prasarana adalah pengiktiran antarabangsa dalam pengurusan operasi dan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam yang termasuk Projek Sambungan Jajaran LRT dan sistem Bas Rapid Transit pertama di laluan bertingkat pertama di Asia Tenggara yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya di Bandar Sunway.

Prasarana juga telah berpengalaman mengendalikan operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line Makkah (MMMSL), yang menyediakan kemudahan pengangkutan awam untuk 350,000 jemaah setiap hari pada musim haji. Dato’ Sri Azmi berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada agenda transformasi yang telah dilaksanakan oleh kumpulan dalam memperkasakan semula industri pengangkutan awam di negara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Dato' Sri Azmi (2nd form left) receiving the Leadership Excellence in Infrastructure Development award from Member of UK Parliament Stephen Timms

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Reliable sources familiar with the matter have indicated that an all-new third generation Myvi model, codenamed D20N, is currently under development by Perodua and its technical partner Daihatsu, adding that the all-new model is expected to be launched in Malaysia sometime within the fourth quarter of 2017.

    Myvi baru??

Leave a Reply