ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prevé Refinement 2017 – Adakah memadai dengan hanya penghalusan?

Views

Beberapa hari yang lalu kami telah memuatnaik beberapa foto Prevé Refinement yang tertiris di laman group Proton Iriz Club Malaysia (PICM) dan PROTON PREVE COMMUNITY (MALAYSIA). Sejak mula dilancarkan pada 16 April 2012 model yang diwar-warkan sebagai kereta global pertama Proton masih lagi kekal dalam bentuk sama walaupun rekabentuknya telah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Tiada sebarang perubahan kosmetik atau facelift dilakukan dalam tempoh lima tahun dan ini sememangnya agak mengewakan pembeli yang mahukan kesegaran pada paras rupanya.

Kemunculan Prevé Refinement 2017 yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat turut mendapat respon yang bercampur-baur di kalangan peminat automotif di Malaysia. Ada yang setuju dengan penghalusan yang dibuat untuk mengurangkan bunyi dan gegaran di dalam kabin menerusi penggunaan tiga cagak enjin dan talaan semula pada Unit Kawalan Enjin (ECU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU) untuk pemanduan lebih lancar dan responsif.

Isu ketahanan Hos Penyejuk Minyak (OCH) pada model semasa juga mungkin diselesaikan pada model ini. Ruang dalamannya hanya menerima sedikit sentuhan kemasan ala serat karbon pada panel di papan pemuka dan mungkin kemasan fabrik/kulit tempat duduk dengan corak baharu. Paling mendukacitakan bagi kami, rekabentuk Prevé Refinement sepatutnya sudah memasuki fasa facelift kerana saingannya dalam segmen ini boleh dikatakan hampir kesemuanya telah berwajah baharu sepenuhnya.

BACA >> INTIP : Prevé Refinement siap sedia untuk dilancarkan!

Kami faham kekangan kewangan yang melanda Proton sehingga terpaksa mencari Rakan Strategik Asing baharu iaitu Geely untuk menyelamatkannya, namun sebenarnya faktor kesilapan perancangan dalam mengeluarkan model menyebabkan model yang sepatutnya difaceliftkan seperti Prevé dan Exora hanya dilakukan penghalusan. Model seperti Perdana sepatutnya ditangguh terlebih dahulu kerana jumlah jualan Proton dalam segmen ini sememangnya sangat ‘dingin’. Dalam bahasa mudah, berapa kerat je yang nak beli kereta Proton berharga lebih RM100K walaupun dalam segmen mewah kan?

Wang yang telah dikeluarkan untuk model tersebut sepatutnya disalurkan untuk faceliftkan Prevé dan Exora dengan penghalusan kerana kami lebih yakin kedua-dua model ini mampu memberi jumlah jualan yang lebih berbanding Perdana. Jika Proton perkenalkan Prevé dan Exora dengan penghalusan pada tahun ini sudah pasti angka jualan Proton mampu melonjak lebih tinggi. Macam tak berbaloi beli model baharu tapi bentuknya masih sama je dengan model sebelumnya kan?

Kami berharap agar Proton tidak mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menggantikan sepenuhnya kedua-dua model ini. Dengar khabar ada ura-ura untuk menggantikan model Prevé dengan model sedan Geely (mungkin Emgrand GL) dan model pengganti Exora dari MPV Geely VF11 pada tahun 2020. Proton mungkin akan kembali di landasan yang tepat jika membuat perancangan model yang teliti, terutama sekali dengan memperkenalkan model SUV dari pelantar Bouye dan SX11 yang sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

BACA >> RISIK : Perancangan masa depan Proton sehingga 2020

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Setuju. Sepatutnya fund Perdana tu patut salur ke pembangunan Suprima, Preve dan Exora. Cuba lihat announcement terbaru yang jualan Proton meningkat, hasil jualan Persona dan Saga. Apa cerita pula dengan Perdana?

    Preve dan Suprima patutnya at least facelift kan interior bosan dua model ini.


  • Klu x facelift sepenuhnya pun, tambah baik features dlm kabin tu. Leather seat, smart keyless entry & go spt iriz & persona, reverse camera, DRL standard semua varian. Barulah spt segment C sebenar.. jual rm75k pun berbaloi org nak beli..


  • Kalau ikut designer proton,preve ni timeless design katenye. Mgkn lepas 10 thn baru masuk fasa facelift.

    Kesilapan utama model ni adalah bila perancangan menjadikan preve model gantian persona ditukar. Tiada keperluan utk syarikat kecil mcm proton mempunyai sehingga 5 model sedan. Maksima 3 atau 2 saje dah cukup. Dulu-dulu time kegemilangan proton pun ada saga,wira dan perdana saje. Dan proton patut maintain macam tu. Satu model entry, satu model sederhana dan satu model tinggi

    Berbalik pada preve ni, teman rase lebih baik stop kan saje production.


  • Sy berpendpt x ada salahnya preve update aspek penghalusan,ini perkara yg biasa bg mana2 pengeluar automotif asia termasuk di eropah. Teruskan sokongan kpd proton.Namun, pd masa yg sama sy yakin warga proton di semua peringkat telah bekerja keras utk melonjakkan semula nama proton.Sejak bersama Geely, perubahan positif mula dirasakan sedikit demi sedikit. Go..go..go… Proton.


  • utk perdana tu rsanya boleh jg buat production,,,tp utamakan pd jbtn2 atw bdn2 kerajaan,,, utk open sale rsanya ssh sngt org nk bli,,,wlau rmai yg tw perdana tu honda accord yg di salin lain baju tp platform sama,,, utk preve,,,design tu subjektif,,,cumanya proton kne alert dgn citarasa pembeli,,, bg sy,,, design ni xda mslh sngt,,,cma utk lebih umum,,,bajet yg dh lari kt perdana tu patut stopkn dlu utk facelift atw new design utk preve n exora… atw buat A segmen compaq utk saing axia…

Leave a Reply