ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rangkul kemenangan pertama di Anugerah Putra Brand 2017

Views

Buat julung kalinya sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010, Proton memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis penyampaian anugerah tersebut bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, kemenangan ini amat penting selepas selepas berlakunya pembaharuan di syarikat tersebut.

Anugerah Perak dalam Kategori Automotif juga merupakan pencapaian yang mengagumkan bagi Proton kerana buat kali pertama syarikat tersebut disenarai pendek dan muncul sebagai pemenang. Kemenangan ini juga menandakan Proton sedang berada di landasan yang betul kerana sebelum itu Iriz yang diperbaharui telah memenangi Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 selain prestasi jualan syarikat turut meningkat sejak Januari hingga September 2017.

Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Anugerah-anugerah pada Putra Brand ini dikenalpasti mengikut pilihan pengguna dan acara ini mendapat pengesahan daripada MATRADE. Ia juga merupakan satu-satunya anugerah dari pilihan orang ramai.

Ia berdasarkan kaji selidik yang sah dari para pengguna dalam beberapa kriteria seperti jenama pilihan, harga, kualiti, serta pengiklanan dan promosi. Proton kini meneruskan tawaran kepada pelanggan baharu iaitu perkhidmatan 5 tahun percuma* dan waranti selama 5 tahun* dalam promosi 5 Nilai Hebat. Rashid berharap orang ramai mengambil peluang ini untuk pandu uji kereta Proton dan alamilah nilai yang berbaloi dalam pemilikannya.

Tahniah Proton!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply