ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton laksanakan insentif penambahbaikan selepas jualan

Views

Proton memahami cara untuk memenangi hati pelanggannya melalui pengalaman pelanggan yang hebat. Oleh itu, syarikat telah bersungguh-sungguh dalam memastikan pelan menyeluruh dilaksanakan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Pelan-pelan bagi penambahbaikan selepas jualan termasuklah:

1. Pusat sehenti

  • Menaiktaraf cawangan kepada 3S/4S sebagai pusat sehenti untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Pelanggan boleh mendapatkan kemudahan jualan dan servis dalam satu masa yang sama.
  • Antara kaedah untuk mengekalkan pelanggan juga adalah dengan memastikan mereka kembali untuk mendapatkan servis. Justeru itu, Proton telah mencipta langkah untuk memahami pelanggan dengan lebih baik. Dengan memahami keperluan mereka, dan rekod servis kereta, keputusan yang lebih baik dapat dibuat.
  • Selain itu, Proton juga perlu sentiasa konsisten dengan tahap perkhidmatan kepada pelanggan. Janji yang dibuat mesti ditepati untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Akhirnya, apa yang penting adalah untuk syarikat membina hubungan jangka panjang dan ini hanya dapat dipenuhi jika Proton terus memenuhi harapan mereka.

2. Inisiatif peningkatan perkhidmatan pelanggan bagi menyediakan pengalaman secara menyeluruh

  • Proton memulakan 8 inisiatif penambahbaikan perkhidmatan pelanggan.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

3. Proses servis – 8 panduan kepada proses perubahan

  • Menukar persepsi pelanggan terhadap jenama Proton. Mewujudkan nilai keutamaan pelanggan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meyakinkan mereka dengan perkhidmatan disediakan oleh Proton.
  • Proton telah mengenalpasti 8 panduan bagi proses dalaman melalui pekerja di barisan hadapan dan pekerja kilang untuk memastikan proses ini dilaksanakan.

8 panduan tersebut ialah:

  1. Temu janji: Melaksanakan temu janji bagi servis secara aktif. Menetapkan kadar temu janji pada 80 peratus, dan selebihnya iaitu 20 peratus untuk pelanggan tanpa temu janji.
  2. Aktiviti penambahbaikan SSP (Pengamalan Standard Servis) & CSI (Indeks Kepuasan Pelanggan): Melaksanakan aktiviti penambahbaikan SSP dan CSI untuk menyeragamkan komunikasi dan pengendalian aduan oleh pelanggan.
  3. Penasihat Servis: Menetapkan standard penasihat servis untuk memastikan pelanggan mendapat perhatian dan servis yang diperlukan.
  4. Juruteknik: Memaksimakan produktiviti juruteknik bagi memastikan semua aduan diterima daripada pelanggan diperbaiki.
  5. Komposisi kemahiran: Tenaga kerja yang mencukupi selaras dengan kualiti yang diperlukan. Mereka perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan mereka.
  6. 4M (Tenaga Kerja, Mesin, Kaedah dan Bahan-bahan) & 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke): Mematuhi semua perkara seperti yang dinyatakan dalam senarai 4M dan 5S untuk memastikan kereta dikembalikan dalam keadaan baik.
  7. Stok bagi alat ganti: Memastikan kadar isian alat ganti adalah lebih 90 peratus dengan merujuk kepada kuantiti permintaan purata bulanan bagi alat ganti dan memantau tunggakan pesanan alat ganti dari Proton Parts.
  8. Kenderaan Rosak di Jalanan atau Vehicle off Road (VOR): Memaklumkan kepada pelanggan tentang status kes VOR setiap hari. Laporan Siasatan Pasaran (MIR) perlu dibangkitkan bagi sebarang kes yang memerlukan bantuan dari ibu pejabat.

JOM BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

JOM BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) is resuming its export of cars in the second half of 2018.

    The carmaker said in a press statement that it has resumed exporting cars to the Middle East, marking the first time it has done so since formalising its partnership with Zhejiang Geely Holding Group.

    The first shipment of 453 cars will arrive in Aqaba in Jordan where they will then be distributed to Iraq and other neighbouring countries.

    “This ceremony marks a starting point for Proton as we resume and ramp up shipments to the Middle East in the coming months.

    image: https://content.thestar.com.my/smg/settag/name=lotame/tags=

    “It’s also the first export shipment since the partnership with Geely commenced and we expect our export market to have a positive outlook in the future so be prepared for more such announcements from as early as August this year,” said Datuk Radzaif Mohamed, Deputy CEO of Proton, during a flag-off ceremony in Port Klang today.

    According to the press statement, Proton’s product quality has improved since the implemention of the Global Customer Product Audit system on its product processes.

    Dr Li Chungrong, CEO of Proton, said the Middle East markets hold high regard for products from Islamic countries like Malaysia.

    “The demand for cars will grow as their economies develop and will help fuel the growth of our export business. The ASEAN market however will remain as the main priority for PROTON’s export business so we are excited about the opportunities available in the region,” he said.

    Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/07/12/proton-resumes-export-with-first-shipment-to-jordan/#7apjL7GQ9xZKwiR0.99

Leave a Reply