Proton mengumumkan inisiatif sokongan menyeluruh untuk penduduk dan mangsa insiden kebakaran paip gas Putra Heights yang berlaku pada pagi 1 April lalu.
Syarikat telah memperuntukkan sejumlah RM250,000 bagi memenuhi keperluan segera penduduk yang kehilangan tempat tinggal, yang terjejas akibat insiden tersebut.
Ini termasuk mereka yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) seperti di Dewan Masjid Putra Heights dan dewan serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya, Dewan Camelia.
Proton berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan sebahagian daripada beban yang dihadapi penduduk.
Menurut Ketua Polis Penolong Pesuruhjaya Wan Azlan Wan Mamat, kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas telah merebak sejauh 500 meter.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Ia telah menyebabkan kerosakan teruk kepada 235 premis, dengan 87 rumah musnah sepenuhnya dan 148 rumah rosak.
Di samping itu, 399 kenderaan turut terjejas, di mana 225 mengalami kerosakan akibat api secara langsung dan 174 mengalami kerosakan akibat haba.
Enam pusat servis Proton di kawasan berhampiran akan menawarkan penilaian percuma dan menyeluruh bagi semua kenderaan Proton yang terjejas akibat kebakaran, serta membantu dengan tuntutan insurans.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Li Chunrong, pihaknya berharap bantuan kewangan ini dapat meringankan beban mereka yang sedang menderita.
Proton turut bersimpati kepada semua pihak yang terkesan oleh tragedi ini dan mengulangi komitmennya untuk menyokong usaha-usaha pemulihan komuniti.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Untuk bantuan segera, sila hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam Proton di 1-800-88-8398 atau WhatsApp 012-219 5426.
Berikut adalah senarai enam pusat servis yang menawarkan penilaian menyeluruh secara percuma untuk pemilik kenderaan Proton yang terjejas:
No. | Nama Pengedar | Pengurus Badan & Cat | Maklumat Hubungan |
1 | AAPICO MOTORS SDN BHD | Queenie Know | 010-2638411 |
2 | SAG WIRA SDN BHD | Kenny | 019-2733366 |
3 | MBF AUTOMOBILE SDN BHD | Norizan | 012-8286187 |
4 | ATIARA JOHAN SDN BHD | Ray Chan | 011-54193943 |
5 | REGAL MOTORS HOLDING SDN BHD | Wong | 012-6118318 |
6 | VANTAGE SPEED | Siti | 019-3537832 |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI