ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan 4,820 unit pada bulan November

Views

Proton terus mencatatkan prestasi yang membanggakan dengan berjaya mencatatkan sebanyak 4,820 unit jualan kenderaannya pada bulan November 2018. Ia meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan jumlah peratusan pegangan pasaran bagi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.2 peratus meskipun angka sebenar hanya akan disahkan selepas data jualan industri dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Peningkatan jualan berikutan pelbagai promosi dan harga tanpa cukai sama seperti bulan-bulan sebelum ini. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, dengan meneruskan harga tanpa SST untuk semua model semasa selain menyertai aktiviti-aktiviti seperti jerayawara dan karnival, ia telah memudahkan pelanggan memiliki kereta Proton. Pada bulan November Proton terpaksa mengehadkan bilangan pengeluaran kereta disebabkan kekangan sumber dan memohon maaf kepada semua pengedar kerana tidak dapat memenuhi komitmennya.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Sepanjang bulan Disember 2018, Proton mengadakan promosi “Rebat Juara” bagi meraikan kemenangan mereka di S1K 2018 baru-baru ini. Ia merupakan kali yang keempat Proton memenangi perlumbaan tersebut dengan empat model yang berbeza. Pada bulan ini, Proton menawarkan rebat sehingga RM3,000 untuk empat buah modelnya iaitu Ertiga, Iriz, Persona dan Saga. Selain itu Proton X70 yang bakal dilancarkan pada 12 Disember ini telah mencuri tumpuan pengunjung pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

SUV pertama Proton ini telah berjaya menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP selain diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Model ini bakal dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur oleh YAB Perdana Menteri. X70 turut dinobatkan dengan anugerah Best Connectivity and Infotainment di Anugerah Pilihan Editor Carlist.my 2018.

Selain itu, Proton turut menjalankan kempen pemeriksaan keselamatan yang bermula Disember sehingga akhir Februari 2019 dengan menawarkan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma untuk semua model Proton di pusat servis yang diiktiraf. Promosi akan bermula pada 4 Disember dan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2019 untuk merangkumi hari terakhir cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. Proton berharap dengan kempen ini, ia dapat menyumbang kepada pengurangan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply