Berita Harian melaporkan punca mengapa syarikat pengeluar kereta tidak dapat mengumumkan harga rasmi beberapa model kenderaan baharu adalah disebabkan oleh kelewatan badan yang ditubuhkan kerajaan untuk meluluskan cadangan harga model tersebut. Antara model yang menerima kesan termasuklah Proton X70 yang bakal dilancarkan 12 Disember ini dan Honda HR-V RS.
Badan yang meluluskan harga tersebut dianggotai oleh kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan (MOF); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI); Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata kebanyakan syarikat dan pengedar kenderaan masih tidak mempamerkan harga kenderaan yang ingin dilancarkan adalah disebabkan menunggu kelulusan dari kerajaan.
Kelulusan dari kementerian agak perlahan sedikit dan antara faktornya disebabkan peralihan kerajaan serta pengenalan peraturan baharu. Jika dahulu, Kementerian Kewangan sendiri boleh meluluskannya tetapi kini banyak proses perlu dilalui terlebih dahulu membabitkan kerajaan seperti perlu melalui MITI, MOF, Jabatan Kastam dan JPJ. Justeru, banyak kereta yang hendak dilancarkan belum dapat kelulusan harga daripada kerajaan berhubung pelarasan dana industri.
JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift
Kebanyakan model kereta dan motosikal baharu yang dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 juga tidak mendedahkan harga jualan rasmi, sebaliknya meletakkan harga anggaran. Bagaimanapun, Aishah berkata, penetapan harga kenderaan masih ditentukan oleh pengeluar kenderaan mengikut kesesuaian produk mereka. Terpulang kepada mereka jika ingin meletakkan harga lebih mahal tetapi keadaan pasaran yang menentukan harga paling sesuai.
Pakar industri dan pemerhati pasaran skeptikal terhadap kelulusan harga kereta baharu yang tertangguh, dan percaya industri itu mungkin akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Sumber industri berkata, industri automotif perlu mengamalkan pasaran terbuka dengan membenarkan lebih banyak saingan di samping menawarkan peluang sama rata.
Masih terdapat elemen perlindungan di pasaran automotif tempatan untuk kelebihan peserta industri tertentu. Kita perlu membenarkan lebih banyak saingan supaya pengguna diberi pilihan harga kereta yang lebih baik. Elemen persaingan antara pengeluar kereta dan pesaingnya mungkin mempunyai peranan dalam penangguhan harga kereta baharu.
Pengeluar kereta selalunya lebih suka mengumumkan harga produk baharu mereka selepas pesaing mendedahkan harga produk baharu mereka. Oleh itu, mereka boleh bersaing dari segi ciri fungsi yang ditawarkan serta harga. Selain itu, terdapat juga elemen ketidaktentuan berhubung mekanisme cukai dan insentif khas yang diberikan, khususnya kenderaan cekap tenaga (EEV), model import sepenuhnya (CBU) dan model pemasangan tempatan (CKD).
JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)
KLIK UNTUK BESARKAN
Semua nak jaga Proton. Klu diteruskan NNCP lg lah ketat perlindungan utk kereta nasional. Kereta bukan national akan kekal mahal.. Thanks a lot Tun M.. Rakyat dpt menikmati kos sara hidup yg lebih rendah pada harga kereta kekal tinggi