ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 Prime berjaya harungi perjalanan sejauh 352km dengan sekali cas

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology (PRO-NET) berjaya mencatatkan pencapaian baharu dalam landskap kenderaan elektrik (EV) Malaysia menerusi “siaran langsung” jelajah EV sulungnya, baru-baru ini.

Proton e.MAS 7 Prime membuktikan keupayaan jarak jauh yang mengagumkan dengan melengkapkan perjalanan pergi dan balik sejauh 352km dari Shah Alam ke Melaka dan Port Dickson dengan hanya sekali cas.

Ujian ini adalah untuk mengesahkan ketepatan julat WLTP 345km e.MAS 7 Prime sambil menyerlahkan praktikalitinya dalam ekosistem EV Malaysia yang semakin berkembang.

Jelajah ini bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) dan singgah seketika di hentian R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan menghala ke pengedar Proton e.MAS di Melaka dan berpatah balik melalui laluan yang sama.

Ujian ini meliputi perjalanan di lebuh raya, lalu lintas bandar, dan pelbagai keadaan pemanduan di mana ia bertujuan untuk merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik yang sebenar.

Pada akhir perjalanan, Proton e.MAS 7 mencatatkan jumlah jarak sejauh 352km dengan baki jarak 43km, menjadikan jumlah keseluruhannya 395km, lebih jauh dari julat rasmi WLTP.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

PRO-NET turut menyediakan maklumat prestasi kenderaan, mengukuhkan keyakinan terhadap kecekapan bateri, pengurusan tenaga, dan keupayaan jarak jauh kenderaan ini di sepanjang perjalanan.

Pencapaian PRO-NET keseluruhan perjalanan ini telah disiarkan secara langsung, bagi memberikan penonton pandangan bagaimana Proton e.MAS 7 Prime beraksi.

Penonton mendapatkan maklumat secara langsung apabila Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff, bersama pakar produk dari PRO-NET dan pempengaruh dalam mobiliti EV membincangkan aspek penting bagi pemilikan EV, termasuk jarak pemanduan, infrastruktur pengecasan, pengurusan bateri, dan teknologi EV terkini.

Salawati berkata, ujian ini telah membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 sebenarnya boleh pergi lebih jauh, memberikan keyakinan seperti memandu kereta biasa.

Jelajah ini bukan sahaja membuktikan kecekapan sebenar Proton e.MAS 7 Prime, malah turut menonjolkan permintaan pasaran yang kukuh terhadap kenderaan EV Proton.

Setakat ini, lebih daripada 1,000 unit e.MAS 7 telah dihantar, menandakan pencapaian penting bagi jenama ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, menyatakan bahawa “siaran langsung” ini menunjukkan komitmen PRO-NET dalam menyediakan mobiliti lestari.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Model Proton e.MAS 7 direka untuk memberikan kemudahan sebenar kepada pemilik dan mampu bergerak jauh tanpa sebarang masalah dalam memastikan pengalaman memandu yang lancar untuk pemandu di Malaysia.

Inisiatif ini telah menetapkan standard baharu dalam keyakinan terhadap jarak perjalanan dan pengalaman memiliki kenderaan dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia akan beralih kepada kereta elektrik dengan penuh keyakinan.

Proton e.MAS 7 Prime direka untuk perjalanan jarak jauh yang lancar sambil mengekalkan praktikaliti dalam kegunaan harian. Sistem pengurusan tenaganya mengoptimumkan kecekapan pemanduan, manakala sistem kawalan kelajuan kenderaan meningkatkan keselesaan di lebuh raya.

Di bahagian kabin, sistem inforia memastikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Dibangunkan dengan mengambil kira keadaan jalan dan gaya pemanduan di Malaysia, e.MAS 7 Prime menawarkan keandalan dan kemudahan kepada pemandu, menjadikan peralihan kepada EV lebih mudah dan lancar.

Sempena musim perayaan ini, Proton e.MAS akan mengadakan promosi Istimewa Raya, dan anda berpeluang membawa Proton e.MAS 7 Prime tepat pada masanya untuk perjalanan balik kampung, sambil menikmati perjalanan yang lancar dan cekap tanpa perlu risau.

Kunjungi bilik pameran Proton e.MAS pada 15 dan 16 Mac untuk sambutan Raya Ikonik dan nikmati tawaran eksklusif, pelbagai aktiviti menarik, dan melihat masa depan mobiliti elektrik dengan lebih dekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply