ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Exora dibakar angkara cemburu

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan sebuah kereta yang musnah terbakar di Jalan Song Thian Cheok, di Kuching, awal pagi tadi. Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Padungan, kira-kira jam 2 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Beliau berkata, kes dipercayai berpunca akibat cemburu dan siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. Wanita ini ditahan hasil maklumat diperoleh pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Padungan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.46 pagi. Beliau berkata, tujuh anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kenderaan Proton Exora sedang terbakar di kawasan parkir sebuah bangunan kedai. Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya. Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply