ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Exora “facelift” diperkenal, harga lebih rendah!

Views

EXORA_Front

Proton membuka tirai 2015 dengan memperkenalkan model facelift Exora dengan tambahan varian baharu Proton Exora Super Premium (SP) untuk menggantikan varian Prime. Varian Premium dan Executive masih lagi dikekalkan dan varian SP turut mendapat sentuhan kosmetik luaran dengan enjin turbo 1.6l.

Untuk varian Premium dan Super Premium, Proton telah menambahbaik ciri-ciri keselamatan dengan penambahan beg udara sisi (4 beg udara), ESC dan lampu LED nyalaan siang (DRL). Exora 2015 turut dilengkapi dengan tingkap kuasa hadapan dan belakang, kamera pandang belakang dan cermin pandang belakang yang boleh memaparkan visual semasa mengundurkan kenderaan untuk semua varian. Selain itu juga, ciri-ciri tambahan seperti auto cruise, butang kawalan audio pada steering dan pemain DVD turut dipasang pada varian Premium dan SP.

Kemasan dalaman Exora kini telah dipertingkatkan dengan steering yang dibaluti kulit untuk genggaman yang lebih baik, kemasan pada konsol tengah yang lebih bergaya, tempat duduk kemasan kulit ergonomik untuk varian lebih tinggi, corong penghawa dingin belakang dan lampu yang digelapkan sedikit seperti gaya kereta sport.

Yang paling menarik, segala penambahan dan naiktaraf model ini telah menurunkan harganya sekitar 5.8% atau RM4,710 untuk varian tertentu. Exora facelift ditawarkan dengan pilihan warna menarik seperti Solid White, Elegant Brown, Cocoa Grey, Genetic Silver dan Tranquility Black, selain pengenalan dua warna baharu,  Luxury Blue dan Indiana Grey. Setakat ini sejumlah 128,824 unit Exora telah dijual sejak pengenalannya pada tahun 2009 dan Exora juga menjadi pilihan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Proton optimis untuk menjual sekitar 2,000 unit Exora sebulan dan pelanggan turut mendapat jaminan pengeluar selama 3 tahun atau 100,000 km, yang mana terdahulu.

Senarai harga atas jalan untuk Exora:

Varian

Semenanjung Malaysia

Malaysia Timur

Langkawi

Labuan

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Standard MT

56,438.00

56,888.00

58,838.00

59,288.00

52,888.00

53,338.00

54,038.00

54,488.00

Standard AT

59,438.00

59,888.00

61,838.00

62,288.00

55,888.00

56,338.00

57,088.00

57,538.00

Exec CVT

66,438.00

66,888.00

68,838.00

69,288.00

62,188.00

62,638.00

63,338.00

63,788.00

Premium CVT

75,438.00

75,888.00

77,838.00

78,288.00

70,538.00

70,988.00

71,698.00

72,148.00

Super Premium CVT

81,438.00

81,888.00

83,838.00

84,288.00

76,438.00

76,888.00

77,578.00

78,028.0

Pengurangan harga Proton Exora (untuk Semenanjung Malaysia, warna metalik)

Varian

Harga Lama

Harga Baharu

Perbezaan

Super Premium

RM 85,988

RM 81,888

RM 4,100

Premium

RM 80,598

RM 75,888

RM 4,710

Exec CVT

RM 69,988

RM 66,888

RM 3,100

Std AT

RM 62,988

RM 59,888

RM 3,100

Std MT

RM 59,988

RM 56,888

RM 3,100

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Exora Steering Exora Dashboard EXORA_Back

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif