Peugeot, salah satu jenama di bawah Stellantis semalam secara rasminya telah melancarkan Peugeot 408 serba baharu versi pemasangan tempatan (CKD).
Model Peugeot pertama yang dilancarkan oleh Stellantis Malaysia itu ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu Allure, Premium dan Flagship GT.
Berikut adalah harga yang ditawarkan mengikut varian (termasuk jaminan selama 7 tahun atau 200,000km, yang mana terdahulu):
- Allure – RM146,055
- Premium – RM166,055
- Flagship GT – RM196,055
Penggayaan luaran model ini direka berdasarkan kepada manifesto rekaan baharu iaitu ‘The Language of Attraction‘ yang menggabungkan tiga nilai utama iaitu Memikat (Allure), Emosi (Emotion) dan Kecemerlangan (Excellence).
Gaya yang radikal ini membolehkannya memenangi anugerah reka bentuk terbaik Red Dot 2023. Menurut Ketua Pegawai Operasi, ASEAN dan Pengedar Am, Stellantis, Daniel Gonzalez berkata, pihaknya teruja untuk membawakan ikon terkini yang dipasang di kilang Stellantis Gurun, Kedah kepada para pelanggan di Malaysia.
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais pula berkata, pengenalan Peugeot 408 menandakan satu era baru dalam usaha menjadikan Peugeot kembali sebagai jenama pilihan yang menawarkan gabungan rekaan avantgarde serta teknologi terbaik di negara ini.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Berikut adalah beberapa fakta ringkas menarik mengenai Peugeot 408 CKD:
Pelantar dan dimensi
Model dengan siluet fastback ini dibina berasaskan kepada Efficient Modular Platform (EMP2) multi-tenaga, mempunyai ukuran dimensi 4,687mm panjang, 1,859mm lebar dan tinggi 1,487mm. Jarak tapak rodanya berukuran 2,787mm, manakala lega tanahnya pula 189mm.
Pilihan warna
Model ini hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu Perla Nera Black, Okenite White, Artense Grey dan Obsession Blue.
Enjin dan transmisi
Kesemua varian dijana oleh enjin PureTech turbo 1.6 liter yang mampu menghasilkan 218 kuasa kuda pada 5,750rpm dan 300Nm daya kilas pada 2,000rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik EAT8 8-kelajuan pintar.
Peugeot 408 serba baharu mampu memecut dari sifar (0) ke 100km/j dalam masa hanya 8.8 saat. Gabungan itu memberi peluang kepada pemandu untuk menikmati prestasi yang luar biasa!
Pilihan rim
Varian Allure dilengkapi rim Granite Grey bersaiz 18-inci, manakala varian Premium menerima rim Granite Black 18-inci. Pelanggan boleh meningkatkan penampilan jentera ini dengan rim Monolithe Black bersaiz 20-inci yang eksklusif untuk varian GT.
Ciri-ciri eksklusif
Peugeot 408 turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri eksklusif seperti:
- Lampu utama Matrix LED dengan ciri Suluhan Automatik
- Lampu belakang LED bersama ‘Kesan Cakar’ 3D
- Kluster meter digital 3D Quartz
- Ciri sentuhan i-Toggles yang boleh dikonfigurasikan
- Sistem Hi-Fi Premium FOCAL®
- Kamera 360°
- Tempat duduk yang diperakui oleh Aktion für gesunder Rücken (AGR) dan ciri memori untuk pemandu
- Fungsi urutan berbilang titik untuk penumpang hadapan dan pemandu
*AGR (Aktion für gesunder Rücken) ialah persatuan pakar ergonomik dan belakang badan bebas dari Jerman.
Peugeot i-Cockpit
Rekaan papan pemuka Peugeot 408 adalah berasaskan kepada seni bina “High Vents” yang meletakkan semua corong pengudaraan penting pada tahap optimal.
Konsol tengahnya menampilkan rekaan minimalis dengan tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil satu sentuhan untuk gear Reverse (R), Neutral (N) dan Drive (D).
Butang Parking (P) pula diposisikan secara berasingan dan ia turut didatangkan dengan pilihan Mod Pemanduan iaitu Eco, Normal atau Sport.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ciri ketersambungan
Sistem infohibur Peugeot i-Connect menawarkan pelbagai tetapan boleh ubah sehingga lapan profil pemandu yang berbeza. Butang utama, antara muka menu dan sentuhan tiga jari membolehkan pemandu pergi ke paparan aplikasi seterusnya dan memudahkan aspek kawalannya.
Fungsi pencerminan (mirroring) membolehkan ketersambungan dibuat dengan dua telefon pintar menerusi Bluetooth atau soket USB-C. Untuk pengguna baharu, sistem i-Connect didatangkan dengan dokumentasi binaan dalam dan tutorial.
Keselesaan dan praktikaliti
Tempat duduk pemandu mempunyai 10 talaan kuasa dengan dua tetapan memori, manakala penumpang hadapan diberikan 6 pilihan tetapan.
Kedua-dua tempat duduk ini didatangkan dengan sistem urutan udara 8 poket bersama lima program yang boleh dipilih, di samping sistem pemanas terbina dalam.
Bagi memberikan sentuhan kemewahan, varian GT hadir dengan balutan kulit Dynamic Black Nappa pada kerusi hadapan dan belakang.
Konsol tengah dilengkapi pengecasan nirwayar, perehat tangan, dua soket USB-C (menyokong pengecasan dan pemindahan data), dua pemegang botol minuman yang besar serta ruang penyimpanan barang seluas 33 liter.
Model ini menawarkan konfigurasi dua tempat duduk (60/40). Bagi varian GT, dua bahagian tempat duduk itu boleh dilipat dengan pantas menerusi dua tuil yang boleh diakses pada tepi ruang but.
Kapasiti ruang boleh ditingkatkan daripada 536 kepada 1,583 liter untuk varian GT dan 1,611 bagi varian Allure dan Premium apabila kerusi belakang dilipat. Ini termasuklah ruang penyimpanan tambahan seluas 36 liter yang ada di bahagian bawah but.
Sistem bunyi
Peugeot 408 dilengkapi sistem Hi-Fi Premium FOCAL® yang merangkumi 10 unit pembesar suara, pemproses bunyi digital ARKAMYS, empat unit dome tweeter aluminium dan satu saluran utama Polyglass bersama amplifier 690W 12-saluran.
Ruang kabinnya turut dilengkapi dengan penapis bercekapan tinggi, dengan varian GT didatangkan dengan ciri tambahan Air Quality System (AQS). Selain itu, pencahayaan ambien LED 8-warna turut ditawarkan.
Aspek keselamatan
Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Hud Aktif untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua, varian Premium dan GT turut hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan generasi terkini yang komprehensif seperti:
- Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri ‘Stop and Go‘
- Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran
- Amaran tukar laluan aktif dengan ciri pembetulan laluan
- Amaran Kepekaan Pemandu
- Pemantauan titik buta jarak jauh 75 meter
- Amaran Trafik Belakang
- Kamera undur 180° berdefinisi tinggi dengan nozel pembersihan bersepadu.
- Bantuan parkir 360° dengan 4 kamera berdefinisi tinggi (hadapan, belakang dan sisi)
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI