ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery panggil balik 600 unit Omoda 5, berpotensi terjejas dengan isu komponen gandar belakang tertanggal

Berita Tempatan

Views

Chery Auto Malaysia menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Facebook rasminya memaklumkan mereka telah menangani isu yang dilaporkan oleh pelanggan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pihak Chery Auto Malaysia juga telah menggantikan komponen rasuk gandar belakang dan turut melaksanakan ujian kawalan kualiti yang komprehensif terhadap kenderaan tersebut, sekali gus berjaya menangani isu ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Chery Auto Malaysia juga memandang serius terhadap perkara ini dan keselamatan para pelanggan adalah keutamaan mereka.

Atas dasar ketelusan dan kebertanggungjawaban, pihak Chery Auto Malaysia telah menghubungi vendor alat ganti dan menjalankan analisis terperinci.

Mereka telah berjaya mengenalpasti sebanyak 600 unit Omoda 5 yang mungkin berpotensi terjejas berikutan kerja-kerja naik taraf di fasiliti kemudahan vendor tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai langkah berjaga-jaga, Chery Auto Malaysia akan menghubungi pelanggan berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) yang terjejas untuk pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan isu komponen teknikal ini.

Chery Auto Malaysia turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tiada kenderaan lain yang terjejas. Fokus pihaknya sentiasa tertumpu kepada keselamatan para pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia di +603-2771 7070.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Stephanie

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply