ARKIB

KATEGORI

Buletin

30 buah kereta tersadai didakwa terkena taburan ‘serpihan besi pendakap’ di Karak

Tular

Views

Kira-kira 30 buah kereta tersadai kerana mengalami kebocoran pada tayar akibat terkena serpihan besi pendakap yang didakwa ditabur oleh pihak tidak bertnggungjawab di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di Lebuh Raya Karak pada pukul 10 malam tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, jenis serpihan besi pendakap tersebut mempunyai bentuk yang sama pada semua tayar kenderaan yang terkesan. Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian berkenaan.

“Tiga hari lepas kereta kena paku, yang peliknya paku yang ini macam alloy aluminium, mesti ada lubang di tengah. Bila paku ini masuk dalam tayar, tayar terus kempis,” komen @Iwan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Budak yang letak serpihan besi pendakap itu mesti kena upah, cari dan tangkap siapa yang upah mereka,” komen @suriaahmad.

“Mula dari tengah hari semalam, saya nampak banyak lori towing (tunda) atas jalan, mungkin kebetulan. Harap pihak berkuasa siasat siapa pelaku,” komen @qabil. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit I ♥ PAHANG

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply