ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia tawar peluang kerjaya menerusi Program Pakar Penjualan Elit

Berita Tempatan

Views

Seiring dengan kepantasan revolusi kenderaan elektrik (EV), smart Malaysia menerusi Program Pakar Penjualan Elitnya, kini sedang mencari individu yang ingin berkongsi komitmennya terhadap inovasi dan kelestarian EV.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif di smart Malaysia, Zhang Qiang, misi smart bukan sahaja menumpukan kepada penjualan kereta semata-mata, malah berhasrat untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada individu tentang kuasa transformatif EV dalam membina masa depan yang lebih mampan.

smart Malaysia memberi tumpuan penuh dalam membina keupayaan ahli pasukan untuk menjadi pakar dalam teknologi EV dan pemangkin perubahan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Melalui program latihan dan pembangunan tersendiri, pakar penjualan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing pelanggan melalui peralihan pemilikan EV.

Tambah Zhang Qiang, pihaknya berjanji untuk menyediakan persekitaran yang menyokong individu untuk berkembang dari segi peribadi dan profesional, sambil menyumbang kepada kemajuan pengangkutan lestari.

Disebabkan EV masih baharu di pasaran Malaysia, smart Malaysia menyediakan platform bagi individu untuk menerokai dunia EV, teknologi, dan pembangunan ekosistem.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hal ini dapat memberikan peluang yang menarik bagi individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dengan potensi pertumbuhan dan impak yang besar.

smart Malaysia menawarkan pakej yang kompetitif dan faedah yang komprehensif, menjadikannya salah satu peluang kerjaya yang memberi ganjaran dalam industri dengan pendapatan asas minimum bermula dari RM5,000 hingga RM10,000.

Untuk menyertai smart Malaysia demi membentuk masa depan mobiliti dan memulakan perjalanan kerjaya yang memberikan ganjaran, calon yang berminat digalakkan untuk menghantar resume mereka ke [email protected] atau terus ke pengedar rasmi smart yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply