Setelah sekian lama, Proton kembali mengeksport pada separuh kedua tahun 2018 dengan meneruskan semula penghantaran kereta ke Timur Tengah sejak mula bekerjasama secara rasmi dengan Geely. Simbolik majlis pelepasan tersebut telah diadakan di pelabuhan Westports Malaysia dengan barisan kereta-kereta Proton yang telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.
Kereta-kereta tersebut akan tiba di pelabuhan Aqaba di Jordan dan akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara jiran yang lain. Penghantaran pertama terdiri daripada 453 buah kereta Proton, yang mempunyai kedudukan kukuh di pasaran Timur Tengah. Keterujaan pada kereta-kereta ini terbukti apabila terdapat kelab pemilik-pemilik kereta yang aktif di rantau ini meskipun jumlah eksport yang sedikit dalam masa beberapa tahun yang lalu.
Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, ia merupakan titik permulaan buat Proton yang kini meneruskan eksportnya ke Timur Tengah dan jumlahnya akan ditingkatkan bagi bulan-bulan akan datang. Ia juga merupakan penghantaran eksport pertama sejak perkongsian dengan Geely dan mengharapkan agar pasaran eksport ini menerima pandangan yang positif pada masa akan datang.
Eddie Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Westports berkata, syarikatnya juga teruja untuk bekerjasama dengan Proton dalam usahanya untuk mengeksport kereta ke seluruh dunia, terutamanya kerana eksport terbesar yang terakhir adalah ke Mesir pada tahun 2015. Kerjasama yang diberikan oleh Westports bersama pelanggan seperti Proton serta agen penghantaran seperti Sunship akan terus mengukuhkan kedua-dua jenama, dan membantu memastikan kereta yang dihantar berada di dalam keadaan yang baik.
JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton
Keyakinan Datuk Radzaif untuk Proton terus mengembangkan pasaran eksportnya telah ditambahkan lagi dengan penambahbaikan terhadap kualiti produknya. Sejak Syarikat melaksanakan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) pada proses pengeluarannya, bilangan mata demerit yang didaftarkan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. Merujuk pada skala gelongsor di mana skor yang lebih kecil adalah bersamaan dengan kualiti yang lebih baik, skor GCPA PROTON terkini sehingga Jun 2018 adalah sebanyak 1763 titik demerit, dengan sasaran sebanyak 1500 mata sehingga hujung tahun. Ini petanda yang baik kerana Geely dan Volvo yang turut menggunakan GCPA mempunyai skor terkini sebanyak 1200 dan 850 mata.
Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, pasaran Timur Tengah memandang tinggi pada produk-produk dari negara-negara Islam seperti Malaysia. Permintaan bagi kereta-kereta akan terus berkembang kerana keadaan ekonomi mereka yang maju dan akan membantu menambahkan lagi peningkataan perniagaan eksport Proton. Walau bagaimanapun, pasaran ASEAN kekal sebagai keutamaan bagi perniagaan eksportnya.
Tambah Dr. Li lagi, Proton turut memanfaatkan operasi rangkaian luar negara Geely untuk meningkatkan keberkesanan kos operasinya sendiri. Syarikat sedang mengenalpasti semua peluang yang ada untuk mengembangkan jumlah eksport. Geely menyokong kuat dalam inisiatif ini dan kerana mereka sangat berpengalaman dalam hal ini, Proton berharap untuk memanfaatkannya bagi membolehkannya menjual lebih banyak kereta di luar Malaysia.
JOM BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri
JOM BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI