ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton labur RM1.2 bilion bagi pengeluaran X70 dan model baharu pada masa hadapan

Views

Untuk merealisasikan pengeluaran tempatan SUV X70 sekumpulan pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara telah menandatangani perjanjian kerjasama yang bakal membawa pelaburan awal sebanyak RM170 juta ke Malaysia. Kumpulan pertama yang menandatangani perjanjian meliputi skop usaha sama sehinggalah bantuan teknikal dan nilai pelaburan tersebut dijangka meningkat dalam masa beberapa tahun selari dengan peningkatan jumlah pengeluaran Proton.

Majlis yang diadakan di kilang pengeluaran Proton Tanjung Malim Sdn Bhd telah dihadiri oleh YAB Tuan Ahmad Faizal Bin Datuk Azumu, Menteri Besar Perak; Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim dan Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor. Majlis telah dihoskan oleh Datuk Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton; Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton; Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton serta barisan pengurusan kanan Proton serta DRB-HICOM.

Perjanjian yang ditandatangani ini merupakan langkah pertama dalam mewujudkan pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan untuk mengeluarkan kereta- kereta Proton generasi baharu yang akan dihasilkan bersama Geely. Ia juga merupakan komitmen Proton untuk mempertingkatkan jualan tempatan dan pasaran eksport. Tanjung Malim pula akan ditransformasikan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan serta menjadi hab pengeluaran untuk model-model pemanduan sebelah kanan dalam kumpulan Geely.

Proton telah melabur sebanyak RM1.2 bilion dalam inisiatif perluasan kilang bagi memenuhi keperluan pengeluaran semua model baharu Proton di Tanjung Malim. Ini adalah selaras dengan perjanjian perkongsian strategik yang ditandatangani antara Proton dan Geely pada 2017. Matlamat jangka panjang pula adalah untuk membangunkan semula jenama tersebut sebagai pemimpin pasaran dalam negara disamping memperluaskan jenama di peringkat antarabangsa, terutamanya ASEAN bagi pemanduan sebelah kanan.

JOM BACA >> INFO: Betul ke parkir depan rumah jiran salah di sisi undang-undang?

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton menggesa pembekalnya untuk mengambil peluang ini bagi mewujudkan usaha sama dengan pembekal luar negara untuk mencapai standard dunia dari segi kemajuan teknologi dan kualiti. Ini akan membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa dan membangunkan komuniti pembekal industri automotif Malaysia yang mampu bersaing secara global.

Penglibatan pembekal Malaysia adalah komponen utama untuk mencapai matlamat jangka masa panjang syarikat. Produk Proton yang dihasilkan di sini iaitu di Tanjung Malim, bakal menggunakan komponen buatan Malaysia untuk pasaran domestik serta model eksport dan mampu berdepan dengan pesaing dari seluruh dunia.

Proton X70 akan menjadi model pertama yang dihasilkan oleh Proton dan Geely di kilang Tanjung Malim. Sebelum pelancarannya, model X70 ini akan dipamerkan di beberapa sesi pratonton pelanggan bertujuan untuk memperkenalkan SUV pertama Proton tersebut kepada rakyat Malaysia. Maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat postif dan ramai antara yang telah membuat tempahan dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000 sejak tempahan dibuka pada 8 September lalu.

Proton X70 akan menjadi produk pertama yang dilancarkan dalam rancangan pemulih Proton. Ia akan menampilkan teknologi terkini serta tahap kemewahan dan kualiti, bersama dengan cawangan 3S dan 4S baharu yang akan meningkatkan jenama ke tahap yang baharu. Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata mereka yakin ramai rakyat Malaysia akan menemui semula “cinta mereka” terhadap model Proton selepas mereka mengalami keistimewaan SUV baharu ini.

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply