Divisyen Jualan Antarabangsa (ISD) Proton telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 ke pasaran Nepal, baru-baru ini.
Acara pelancaran yang berlangsung di Regency Ballroom Hotel Hyatt Boudha, telah dihadiri oleh Mohammad Firdaus Azman, Chargé d’ Affaires Malaysia di Nepal.
Proton diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dan Pengarah Jualan Antarabangsa Jagdamba Motors Pvt. Ltd, Edmund Lim Meng Thong.
Jagdamba Motors Pvt. Ltd. diwakili oleh Shanker Lal Agrawal, Pengerusi Kumpulan Shanker; Akhil Gupta, Pengarah Eksekutif Jagdamba; Sahli Agrawal, Pengarah Urusan Jagdamba dan Raju Bhetwaal, Naib Presiden Kanan Jagdamba Motors.
Pengedar sah Proton di Nepal, Jagdamba Motors Pvt Ltd, pada masa ini sedang aktif mengembangkan rangkaian pengedarnya.
Setakat ini, tiga pengedar telah pun beroperasi, dengan rancangan untuk memuktamadkan perjanjian dengan 12 pengedar di seluruh negara menjelang akhir 2025.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Syarikat itu juga merancang untuk membangunkan infrastruktur pengecasan dan membina jaringan pusat servis yang mantap di seluruh negara.
Untuk pasaran Nepal, Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam varian Prime dan Premium, dengan enam pilihan warna iaitu Perak Platinum, Hijau Pirus, Kelabu Slate, Ros Kuarsa, Hitam Moyu, dan Putih Litium.
Dibina berasaskan pelantar Seni Bina Modular Global, e.MAS 7 dilengkapi sistem pendorong elektrik pintar 12-dalam-1, seni bina bateri Sel-ke-Tubuh serta Bateri Bilah Pendek Aegis.
Warga Nepal mula membiasakan diri dengan EV pertama Proton semasa jelajah nasional yang menampilkan reka bentuk bertemakan Nepal yang memaparkan simbol-simbol nasional dan pemandangan Himalaya.
Jelajah ini melintasi semua tujuh wilayah dengan 18 lokasi berhenti di Nepal, termasuk tempat-tempat terkenal seperti Janakpur, Birtamod dan Itahari.
Melalui media sosial, kempen ini berjaya menarik penglibatan orang ramai, sekaligus meningkatkan jumlah pengikut kepada lebih 27,000 di laman media sosial syarikat pada awal Mac.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Sepanjang empat tahun lalu, kadar penembusan EV di Nepal meningkat dari 6 peratus TIV pada 2021 kepada 73 peratus pada 2024, iaitu peningkatan sembilan kali ganda dari 1,138 unit ke 10,794 unit.
Pihak Berkuasa Elektrik Nepal (NEA) juga telah berjanji untuk membangunkan lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara dalam tiga tahun akan datang dan langkah ini untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
Sebanyak 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari sebelum pelancaran, manakala sejumlah kecil unit juga telah dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan penilaian.
Di Malaysia, penghantaran Proton e.MAS 7 telah melepasi angka 1,000 unit sejak Januari, dengan lebih 4,500 tempahan hanya dua bulan selepas pelancarannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, Nepal hanyalah permulaan dan perancangan sedang berjalan untuk memperkenalkan e.MAS 7 ke pasaran antarabangsa yang lain.
Tambah beliau, pada masa akan datang, Proton akan memperkenalkan model EV ke Trinidad & Tobago, Mauritius dan juga Singapura.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI