ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mulakan kempen bulan Mei 2017

Views

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Proton memulakan kempen penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bagi perlindungan dan keselamatan dan tiga pelanggan terawal telah menerima kerusi tersebut di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Untuk masa terhad, pelanggan yang membeli kereta Proton boleh mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak beserta Isofix yang mendapat pengesahan keselamatan (pematuhan ECE R44/04) bernilai RM1,000 pada harga hanya RM299 sahaja.

BACA >> Beli kereta Proton dan dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan harga promosi RM299

Pada majlis yang sama, Proton menyampaikan hadiah mingguan dan bulanan Peraduan Experience the Drive. Peraduan yang berlangsung bermula Mac 2017 memberi peluang kepada pelanggan memandu uji kereta Proton melalui aplikasi mudah alih MyProton atau lokasi siri jelajah Proton dan mereka hanya perlu menulis slogan yang kreatif mengenai pengalaman pemanduan tidak melebihi 20 patah perkataan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan bulanan.

Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan, termasuk dua pemenang mingguan bagi kad petrol bernilai RM500 setiap satu dan seorang pemenang bulanan yang akan menerima wang tunai bernilai RM3,000. Senarai pemenang bagi April adalah seperti berikut;
1. Pasiman@Clarence Bin Tatu, dari Sabah (pemenang bulanan)
2. Shahrizal Bin Shafii, dari Kedah (pemenang mingguan)
3. Izyan Nadirah Dzulkifli, dari Selangor (pemenang mingguan)

BACA >> Pandu uji kereta Proton dan sertai peraduan “Experience the Drive”

Proton juga kini menawarkan lima tahun servis percuma (termasuk alat ganti, pelincir dan kos pekerja). Pelanggan tidak perlu bimbang dengan servis berkala dan kos penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun atau 1000,000km, mana yang terdahulu. Alat-alat ganti dan kos buruh bagi penyelenggaraan servis berkala seperti yang tertera pada buku panduan/servis Proton adalah termasuk dalam tawaran ini. Selain itu Proton turut menawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km, mana yang terdahulu.

Sempena musim perayaan, Proton akan memberikan bonus perayaan sebanyak RM500 dan ia sah bagi semua kereta Proton yang dibeli pada Mei 2017. Di samping itu, tambahan bonus kesetiaan sebanyak RM1,000 juga akan diberi untuk pembelian semua kereta Proton sepanjang bulan Mei 2017 dan ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar serta ahli keluarga terdekat (Ayah, Ibu, Suami/Isteri, Anak-anak) kepada pemilik kereta Proton yang sah.

BACA >> Adakah ini Iriz 2017?

Istimewa untuk para guru dan jururawat, Proton juga akan menawarkan Bonus Istimewa bernilai RM500 untuk setiap pembelian kereta Proton pada bulan Mei 2017. Mereka juga layak untuk menerima bonus perayaan (RM500) dan kesetiaan (RM1,000) selain pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak pada harga RM299 (nilai sebenar RM1,000). Kesemua tawaran ini sah bermula 1-31 Mei 2017 untuk semua kereta Proton – Saga, Iriz, Persona, Ertiga, Exora, Preve, Suprima S, dan Perdana.

Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi talian perkhidmatan Proton – 1800 888 398 atau emel [email protected] atau www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram@ProtonCars untuk maklumat lanjut. Bagi kemudahan tambahan, muat turun aplikasi MyProton menerusi Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply