ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Putera Drift kini kembali!

Views

Nama yang tidak asing lagi dalam sukan drift, Tengku Djan bakal beraksi di Kejohanan Drift 2017 yang akan berlangsung di Songkhla Speedway, Amphoe Hat Yai, Thailand bermula dari 13 Mei hingga 14 Mei, 2017. Dikenali dengan gelaran “Putera Drift”, merupakan seorang Tengku Djan pelumba drift profesional dan pernah menyertai beberapa siri perlumbaan dan turut berjaya memenagi beberapa anugerah. Setelah empat tahun berehat dari sukan drift selama empat tahun, beliau dan Charles Ng bakal mewakili pasukan MaxxOil Malaysia di Thailand.

Tengku Djan juga merupakan duta jenama MaxxOil Malaysia yang merupakan jenama minyak pelincir dari California, Amerika Syarikat. Beliau bakal beraksi menggunakan jentera Nissan Silvia Chevy LS7 yang dibina mengikut spesifikasi pertandingan dan peraturan Formula Drift Amerika Syarikat. Rakan sepasukannya, Charles merupakan pelumba drift terkenal di Hong Kong yang telah menyertai beberapa pertandingan seperti Formula Drift Amerika Syarikat, Formula Drift Asia, dan Kejohanan Drift China.

Semoga berjaya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply