ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton pamer X70 untuk tatapan umum di KLIMS18 – Bakal dilancar 12 Disember ini

Views

Proton X70 tampil buat pertama kali untuk tatapan umum sempena di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang bertempat di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Orang ramai boleh melihat SUV pertama Proton ini dengan lebih dekat mulai esok sehingga 2 Disember nanti.

Sebelum ini Proton X70 hanya dipertontonkan secara tertutup kepada tetamu jemputan sahaja dan inilah peluang terbaik pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat bahagian dalaman dan luaran model terbaru Proton ini. Sebanyak lima unit X70 dibawa ke KLIMS18 dan Proton turut menyediakan ruangan khas untuk memberikan pengunjung merasai pengalaman unik bagi teknologi dan kelengkapan yang dipasang pada model terbaharunya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Ini termasuklah model keratan rentas yang turut dipamerkan bagi memperlihatkan bahagian-bahagian kritikal badan kereta tersebut yang telah diperkukuhkan untuk menjadikannya lebih selamat sekiranya berlaku kemalangan. Beberapa panel paparan skrin sentuh yang ada pada bahagian dalaman X70 juga disediakan untuk menunjukkan cara penggunaannya serta membolehkan pengunjung mencuba sistem arahan suara.

Selain itu pengunjung reruai Proton akan diberi peluang untuk merasai sendiri sistem bantuan tambahan pemandu yang ada pada X70 secara Realiti Maya (VR) tanpa perlu memandu uji model tersebut. Di ruangan ini pengunjung akan dipertontonkan bagaimana sistem seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Pertukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) berfungsi dalam pemanduan, sekaligus memberikan perasaan sebenar yang akan dialami pemandu apabila sistem-sistem ini diaktifkan.

Dalam sesi media yang berlangsung siang tadi, Proton telah mengumumkan 12 Disember sebagai tarikh pelancaran X70 dan majlis tersebut akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pengumuman tersebut bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan X70. Minggu lalu, Proton telah mengumumkan SUV tersebut telah berjaya mendapat penarafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP, dan ia disusuli dengan pengiktirafannya sebagai kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply