ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Perdana 2016 dah tiba di Kuantan

Views

Kami mendapat beberapa foto ini yang dari Laksamana Takeshi yang berjaya merakamkan kelibat unit pameran Proton Perdana berwarna putih yang telah tiba di Kuantan semalam. Jika artikel semalam kami memuatnaik foto Perdana 2016 yang masih berbungkus di luar bilik pameran Proton, Auto City Pulau Pinang, kali ini kita dapat melihat rupa luaran dan dalamannya dengan lebih jelas.

Kami difahamkan Perdana 2016 akan dilancarkan dalam masa terdekat dan berkemungkinan pelancaran dibuat beberapa hari selepas pelancaran Honda Civic generasi kesepuluh. Agak menghairankan kenapa pada bumpar depan dan belakang dua tona dengan kemasan krom pada muncung ekzos pada model yang dipamerkan semasa Alami Proton tidak diproduksikan sehingga ia nampak sedikit janggal.

Takkan lah kos nak buat dua tona dengan krom tu terlalu mahal kot? Nampak macam bumpar tak siap pun ada. Kami tegur dengan tulus dan ikhlas sempena bulan Ramadan ni. Jangan sentap pulak!

KLIK UNTUK BESARKAN

perdana putih kat yard 2 perdana putih kat yard perdana putih kat yard 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

37 Comments


  • Proton, aku ada 5 soalan.
    1. Apa design konsep Perdana ni? Luar sporty, dalam pakcik?
    2. Handling & Safety?
    3. Kemasan dalaman kayu? Proton is not building RR or Bentley la..
    4. Rotary gear selector?
    5. Rear bumper design. Ini yang terbaik ke?

    Semoga berjaya, Proton….


  • for me sume ok..cuma bumper belakang tu naperrr laa mcm tu…aduhhhh..nk kata difuser tak difuser…ntahlahh tak paham aku camne bole jadi camtu bontot nye tu


  • Mmm… lampu depan cantik ar. Ditambah dgn sayap prootn yg seakan bersambung dgn lampu depan tu. Lampu blakang pun nice. Ikut konsep persona. X segan kalau lampu blakang tu menyala dan duk sebelah2 dgn VW jetta:) Cuma satu dua jer yg nampak pelik. Mgkin kena tengok depan mata. Overall ok.

    Cheers!


  • Nampaknya bukan aku sorang je perasan pasal bumper belakang dan fake exhasut tip tu, bahkan ramai di antara netizen-netizen di luar sana tidak puas hati jugak.

    Kepada PROTON, tolong dengar rintihan kami. Haritu masa kat Alami Proton, dah elok dah bumper belakang dua tona sama chrome exhaust tip. Orang ramai pun excited dengan design Perdana ni masa tu, nampak Premium jugak lah. Semua dah okay dah, tinggal bumper belakang je tu tak sedap memandang bahkan ada yang mengatakan seperti belum siap.

    Kalau nak cut cost pun, lebih baik buat bumper belakang kosong je, takpayah letak exhaust tip tu. Ye dok?

    Tak kan lah Honda tak bagi tukar bumper belakang jadi dua tona dan exhaust tip jadi chrome? Mustahil…


  • design belakang.. utk kelas Perdana ni.. for me.. FAILED.. sorry to say.
    Harap2 Persona dan Saga tak mengecewakan.

    Salam Ramadhan.


    • Tips,

      Persona Replacement…kalau kamu suka konsep design Honda Brio Sedan, kamu akan suka design Persona baru… =)

      Yg lain2, malas nak komen. Korang tunggu je la nanti…


  • bumper belakang mcm pegi cat kt kedai ah beng…
    bengap punya org yg design bumper ni..
    ko buat mcm bumper iriz pun dh ok bwh tu…
    kebulur sgt nk buat fake exjos tu apsal..

    sia2 punya kerja..
    buruk


  • interior color scheme tu mmg buruk..
    cream mmg fail dgn corak kayu tu..
    aku tak tahu la engineer2 proton ni design kereta… minta maaf la….
    proton kalau nak maju kena ikut modul JDT oleh TMJ… berani berubah.. ambil org yg betul2 dlm bidang masuk kerja..


  • Mengucap panjang saya bila tengok perdana baru ni..
    BURUK gila nak mati…Mungkin sebab warna
    Kenapa x buat two tone colour kat bumper depan dgn belakang dan mana ekzosnya macam dekat alami proton..
    X kan proton cut down cost??Apa proton buat selama ni sampai tangguh launch perdana ni??
    Interior dia x ngam langsung cream dgn kayu tu.
    Patutnya trim kayu x patut ada pada kereta segmen d sekarang atau jadikan dia optional kpd customer nak pilih.
    Warna full black tanpa trim kayu saya boleh terima..Sumpah trim kayu sesuai mcm kereta S class sbb perdana should be a sporty sedan..

    Apa yang saya harap sangat kualiti setanding kereta lain sekelasnya..Sebab Proton dah pakai enjin dan gearbox dari honda so it should be no problem at all.Kalau ada jugak,mungkin perdana baru ni akan jadi kereta paling fail dari proton dalam sejarahnya.Proton patut ikut trend terkini baik design mahupun teknologi.Saya juga harap sangat Saga dan Persona bila launch nanti ada kemajuan yang signifikan kalau nak tarik hati orang malaysia balik..Kalau orang Malaysia pun fail nak tarik hati inikan pula orang luar negara.Saya harap sangat proton boleh WOWkan hati saya balik dgn design,technology dan safety yang menarik untuk buat saya nak beli 1 kereta proton..Sekian


  • APA PUNYA KERETA LA…DESIGN BURUK, TAK CANTIK LANGSUNG…BABI LAGI CANTIK DARIPADA PERDANA BODOH NI! BUMPER SEMUA TAK SIAP…MACAM BUDAK TERENCAT AKAL JE YANG DESIGN…DENGAN TON WARNA LAGI YANG ENTAH HAPA-HAPA….ORANG BODOH JE YANG BELI KERETA NI….BAIK BELI HONDA CIVIC 2016 TU…DESIGN, TEKNOLOGI MAJU…PERDANA NI OTAK MUNDUR PUNYA ORANG YANG PAKAI LAA!!


    • komen di atas ni guna nick AKUPUNYA PALSU..
      dari org proton yg marah kat aku..
      telor tak ada.. tipu guna nick akupunya..
      pegi cuci basikal la bro dari guna nick AKUPUNYA..
      hehe…
      komen AKUPUNYA ori xdak carut2, maki2 dan main agama..
      sian la kat ko fake akupunya..
      THIS IS AKUPUNYA ORI..


      • tp kat blog PaulSetan.com tu proton design ape pn semua diorg maki kutuk kaw2. admin die mcm syok je biarkan..maklum lah satu ‘bangsa’..so lubuk racism n rba kt situ.. hrp2 sini jgn ade lah.
        komen dgn hemah.

        peace..! 🙂


        • Mmm… pandangan masing2. Ada yg judge dgn jujur dari sudut ilmiah, teknikal dan pemahaman design yg baik, ada yg judge dgn mmbawa persepsi buruk pengalamannya utk menilai model baru nie, ada yg judge ikut naluri dan minat selera sendiri, dan tak kurang juga yg menilai utk merendah2 dan memperlekehkan kredibiliti seseorang. Kita yg membaca nilaian pulak letaklah diri tu dlm kedudukan mana. Yg terbaik, segala pro n cont nilaian tu patutnya ada nilai input n dapatan yg pihak prootn bleh ambil kira utk pembaikan model2 mendatangnya.

          Rata2 kat sini lebih melihat titik hitam dlm sekeping kertas putih dan membesar2kan titik hitam sebagai isu keseluruhan. Sudah dpt dibaca agendanya. Tapi xpe lah, pandangan masih2. Hanya mampu tersenyum sendiri:P

          Yg pasti, perdana baru nie telah membuat modifikasi dan pembaikan besar pada platform gen8 Accord. Ker gen8 accord lebih baik?:P Kalau perdana baru nie dlm katogeri buruk, means accord gen8 dulu adalah lebih buruk? Xde plak dulu2 bising2 accord gen8 design buruk? Kadang2 kita terlalu meletak harapan tinggi melangit, bila x seperti diharapkan… maka jatuhlah terhempas berderai kecewa…berpijaklah pada dasar realiti yang nyata. Model nie berdasarkan pada platform gen8 accord. Ada terma n kondisi yg honda sendiri letakkan pada modifikasi prootn. Dgn limitasi dan kekangan dana berbudget RnD RM230 juta takkan nk expect model D segment seperti berbudget RM600 juta sekurang2nya atau seperti Hyundai Sonata berbudget USD1.2billion?

          Bagi saya keseluruhan model nie ok dan harganya akan memainkan peranan. Warna juga memainkan peranan. Utk model D segment, x begitu menarik jika berwarna merah:) Warna2 gelap n royal adalah lebih elegent.

          Cheers!


          • “Kalau perdana baru nie dlm katogori buruk, means accord gen8 dulu adalah lebih buruk? Xde plak dulu2 bising2 accord gen8 design buruk?”

            Bro, kau punya analogi macam tak kena lah..kau kena tau apa itu “timeline”. accord gen8 dikeluarkan pd tahun 2008 atau 8 tahun yg lalu. means mungkin honda dah design kereta tu 2-3 tahun sebelum tu. Dan ia merupakan accord yang mempunyai rekabentuk yg radikal berbanding generasi sebelumnya sama ada dari segi exterior ataupun interior.

            Namun selepas 8 tahun berlalu, rekabentuk itu sudah tentu “dimamah usia”. Sebab tu rata2 apabila melihat perdana baru ini, mereka rasa “jemu”, sebab dah biasa tengok bentuk luaran dan dalaman accord gen8.

            Tapi nak buat macamana..proton dah terdesak untuk menggantikan kereta perdana. Cuma proton bernasib baik kerana kereta perdana baru ini pasti akan digunakan oleh kerajaan. Kalau nak harapkan rakyat yang mampu membeli segment D, entah berapa kerat nak “melabur” membeli kereta bayangan accord generasi 8 ni.:)


          • Mmm… sebab tu sy kata kena terima hakikat bahawa perdana nie guna platform gen8 accord. What u expect? secantik mazda6, lexus pastui nk harga prootn? Atleast penambahbaikan drp gen8, prootn lakukan utk perdana nie. Kalau gov tak sokong produk sendiri sapa lagi. Nak harapkan rakyat mcm ko? X mgkin la kan? Kutuk n perlekeh ada la. ekeke. Sorry:P

            Tunggu jer pelancarannya. Kita tengok dekat2 ye. Simpan sikit sakit hati tu. Even perdana pun prootn x letak harapan tinggi pun. Sekadar niche market pelengkap legasi perdana sebelumnya. Accord sekarang pun dpt design terbaik setelah generasi ke-9 bro. Apa yg terhasil kat perdana baru nie xlah mengecewakan. Beri sikit kredit atas usaha prootn walau ada satu dua perkara ada yg x puas hati dari terma design. K7 yg org kata cun melecun pun kat pasaran M’sia x terjual banyak refer stats MAA. Ikut nasib la. Xkn jelous kot kat perdana nie sebb gov akan banyak guna model nie nanti? Tak kn? kn?

            Cheers!


          • Bro,aku takde hal dengan proton..setakat aku komen rekabentuk, tu pun orang lain komen juga. Cuma apa hal cara kau jawab seolah-olah tau perasaan aku kat proton.

            Cuba baca dengan fikiran terbuka sikit apa yg aku ulas tentang pendapat kau mengenai accord gen 8 related dengan perdana ni.

            Aku tau kau penyokong tegar proton. sebab tu aku boleh paham kenapa jualan proton semakin merudum di pasaran tempatan.

            adioss


          • Mmm… sorry kalau ada yg terasa statement sy. Tak bermaksud nk judge ko bro. Sy cakap pun pasal reka bentuk n design. Statement sy yg ko highlight pun dlm status cynical “question mark” kn? bukan ayat penyata pun. X mkn cili kn? hehe..
            Mcm yg sy katakan sebelum nie, perdana nie drp platfrom gen8 accord, what u expect? Apa2 pun cantik itu subjektif, x gitu?

            Ada juga betulnya apa yg ko cakap tu, yg x berapa nk betul pun ada bagi pendapat sy, cuma kalau jualan proton merundum sebb ko kata sy penyokong tegar mcm tak logik jer bro. Nampak sgt ko pun x faham kn? Anyway, thanks di atas pandangan:)

            Salam n cheers!


          • bob.aku support engkau. ramai org komplen proton bukan sbb dengki or sakit hati tapi sbb proton ni sembang kencang tapi hasil separuh masak dan jualan segan nak cakap.

            bila lmbat lauch bagi alasan ujian, bila pembeli detect problem dan komplen kr SC, disalahkn pembeli semula.

            wake up la Proton.


  • Apa motif sebenar fake diffuser tu?? Ah beng type.. kalau ditiadakan rasanya lebik kemas. Walaupun keseluruhan design belakang memang teruk, tak padan dengan expectation Perdana 2016.

    Propotion warna/ tone color center dash ke gear console tu kenapa tetiba jadi wood finish. Rules of design Azlan ni dh bercelaru dengan konsep sebenar? Sepatutnya ia kena kekalkan warna tone dr dashboard jugak. atau hitam-kelabukan dengan modern elegent finish.

    Proton selalu ketinggalkan zaman. Zaman org letak wood finish Proton asyik letak dull plastic. bila zaman pakai glossy plain finish Proton patah balik zaman kayu.. pelik2 sgguh hairan.. tak faham kenapa DEGIL tak sudah2 pastu dlm PC bergegar2 cerita pasal target jualan.

    MPV family mcm Exora xnk pulak letak wood finish kasi cntik anak bini seronok travel.. satu kabin di tampal keliling dengan panel plastik kelabu mudah calar..texture mcm lantai tandas awam.. Proton memang DEGIL. bila DEGIL tggulah akibatnya.. 1.5 billion tk lost.. masih berlagak sombong lg design ikut suka kepala mereka.. sama ada ini salah Azlan head Design atau top management yg dh beruban kepala tu buat final decision.. at the end Proton yang MERANA.. sudahlah isu kualiti fitting n parts pun tak boleh selesai sampai skrg.. asyik gap besar.. rattling, fading dgn cuaca.. Proton.. sentiasa SOMBONG!!

    Memang serius buruk tapi rasenya takyh maki caci carut dalam Ramadhan ni. maki caci carut pun Proton tetap akan kekal dengan sikap degil itu.

    Salam Ramadhan


    • Benda yg bro persoal tu, semuanya dh ada waktu development stage.

      2 tone bumper n bodykit. ACTUAL working exhaust.

      tup tap tup tap,

      jd mcm yg atas ni.

      gelak je la. hahhhahaahahahahahaha


  • Orang melayu kalau makan gaji mmg sentiasa menjatuhkan sesama sendiri.. org melayu kalau meniaga mcm ni la jadinya..

    Oh bangsaku bilalah nk berubah.. tak pernah nak bersatu hati.. tunggu nak kena bom mcm syria n turki baru nk sedar kot.. sedihlahh


    • bangsa naif je yang beli kereta sebab nak support bangsa der…dah lebih 30 tahun kalau progress perlahan siapa yang salah..

      VW Group, Toyota & GM bole jadi top seller bukan sebab bangsa..


      • Mmm… yup bukan isu bangsa. VW Group, Toyota & GM dll. berjaya hasil doa dan support rakyatnya yg tak berbelah bagi walau dulunya mereka pun sama jer produk mereka ada kurang lebihnya. X mcm segelintir rakyat Malaysia:P

        Cheer!


  • ramai orang tak puas hati pasal design belakang perdana ni. pada aku, okay je. cuma, aku setuju perdana ni ada dua persoalan utama.. diffuser belakang dan wood finish dekat gear console


  • Klu korg nak kutuk rear diffuser tuh,aku stuju sgt2,kecuali mmg proton xnak jual sgt 2.4,fokus kat 2.0(klu 2.0 ada seperti konsep asal)

    Tp bab interior,xleh maki proton design @ dreamedge sebab itu interior sebijik accord 8th gen 3.5 v6, top end accord. Xcaya,hangpa p google.

    Sbb kite hanya biasa nampak,naik accord 2.0 n 2.4(yg ni jarang2 nampak), tp paling jarang adalah 3.5 v6.

    Klu nak maki,makilah honda design,watper buat flagship accord 3.5 v6 interior lagu tuh.

    Mungkin sepatutnya proton letak interior 2.0 accord pada yg 2.4,baru org kata wow,eh,xjuga,org akan maki prtn design walupun xwat aper2pun.

    Makilah exterior sbb itu yg mmg totally prtn/dreamedge buat. Sapi punya susu,sapi kena maki.

    Interior,honda punya. Lembu punya susu,sapi dpt maki.

    Nak best maki,persona/saga replacement sbb 100% proton buat.


  • Pengalaman pakai kete proton…. mmg sgt mengecewakan… apa jenis model pun… sat lagi ada lah masalah nya… macamana nak sokong kereta malaysia.. semuanya hmpeh…

Leave a Reply