ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal lancar Perdana 2016 tidak lama lagi

Views

Nampak gayanya Proton akan melancarkan model Perdana 2016 dalam masa yang terdekat setelah lama tertangguh. Mungkin nak ambil keberkatan bulan Ramadan agaknya. Kelibat sebuah Proton Perdana sedang berbungkus telah berjaya dirakam oleh David Yew Ah Wei di luar bilik pameran Proton, Auto City Pulau Pinang.

Kami sedang cuba merisik bilakah tarikh pelancaran rasmi Perdana 2016 yang dikhabarkan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri. Kami akan membawakan informasi terkini dari semasa ke semasa. Takde ke yang sudi kongsi gambar yang tak berbungkus luar dan dalam?

perdana kat showroom

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • semoga berjaya Proton.
    aku yakin harga akan jadi kunci kejayaan sales Perdana ni, sebab bukan semua pembeli sedia bayar monthly installment lebih rm1K untuk sebuah Proton.
    Pelancaran Civic baru minggu ini akan menambahkan persaingan yang dah sedia getir bagi Proton.
    Ironinya, Proton dan Honda Malaysia kedua-duanya bawah DRB, jadi tak faham kenapa DRB pilih tarikh pelancaran hampir sama seolah sengaja nak steal limelight Pedana itu sendiri.


  • Good luck Proton!
    Biar susah mcmana pun, Proton tetap kena harungi.
    Orang lain hanya pandai komen dan kutuk.
    Yg tau, hanya lah Proton.


  • Biasa launch hari Jumaat. Nak berkat saiyyidulayyam kot. Tapi ada berita baru ni. MOF melalui anak syarikatnya beli share PROTON RM1.25b nak tongkat lagi. Apa daa….


    • Lebih kurang 5 tahun lalu Proton Holding berhad diswastakan 100% dengan penjualan share milik khazanah sepenuhnya..
      Tidak lama lagi Govco akan memiliki lebih 79% share milik PHB Daripada DRB(20%)..


    • Govco Holding adalah syarikat milik penuh kementerian kewangan diperbadankan..
      Ini bermakna Kementerian Kewangan akan memiliki lebih 79% share dalam Proton Holding Berhad tidak lama lagi melalui syarikat Govco..

Leave a Reply