ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Persona MC2 – Transmisi manual digugurkan, CVT akan ada fungsi SAT

Info

Views

Agak lama juga kita tidak mendengar info terkini mengenai Proton Persona MC2 (Minor Change 2) kan? Menurut info terkini dari rakan kami di WapCar.my, pihaknya telah menerima satu dokumen tertiris yang mengatakan Proton bakal menggugurkan transmisi manual pada model tersebut.

Tambah mereka lagi, Persona MC2 hanya akan ditawarkan dengan transmisi CVT sahaja yang akan dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission), seperti yang ada pada model Saga FLX. Namun, ciri tersebut telah digugurkan pada tahun 2017.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

SAT memberikan ‘rasa pemanduan’ seperti menggunakan gear manual di mana gear ‘terasa ditukar’ dengan ketara walaupun menggunakan transmisi automatik. Apa yang menarik, SAT pada Persona MC2 dikatakan akan diaktifkan secara automatik, tidak seperti pada Saga FLX yang perlu diaktifkan dengan menekan butang pada sebelah tombol gear.

Tanpa butang SAT, fungsinya akan diaktifkan secara automatik pada kelajuan melebihi 60 km/j apabila pemandu Persona MC2 menekan injak pemecut secara mengejut atau sehingga menekan rapat ke lantai. Selain itu, Persona MC2 akan ditawarkan dengan rim 16 inci baharu dan tingkap kuasa anti-sepit.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Selain peningkatan pada transmisi, Persona MC2 akan turut mengalami perubahan kosmetik terutama pada bumper depan dan belakang, lampu depan jenis lampu LED, jeriji rekaan baharu dengan lambang kepala harimau baharu Proton.

Ruang kabin turut dikemaskini dengan rekaan konsol tengah papan pemuka yang diberi nafas baharu dengan unit infohiburan jenis terapung, unit kawalan pendingin hawa rekaan baharu, stereng dengan logo baharu, perehat tangan dan kemasan kulit pada tempat duduk serta panel pintu berwarna perang.

Nantikan info terkini mengenai Persona MC2 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply