ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Prevé berjaya raih 5 bintang ANCAP!

Views

JEF_5792

* Gambar sekadar hiasan

Laman web rasmi www.ancap.com.au hari ini mengeluarkan keputusan rasmi ujian perlanggaran bagi model Proton Prevé. Paling membanggakan Prevé menjadi model kereta nasional pertama mencapai 5 bintang dalam ujian tersebut. Model ini sememangnya direka oleh Proton sebagai sebuah kereta global dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi selain penggunaan bahan & teknologi setanding dengan pengeluar kereta Eropah. Ini adalah permulaan yang baik kepada Proton untuk mengorak langkah lebih jauh, tahniah Proton!!!

TERKINI :

Proton telah mengeluarkan kenyataan rasminya dan mereka amat gembira dengan pencapaian ini. Pengerusi Eksekutif PROTON Holdings Berhad, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil berkata, “Pencapaian ini adalah bukti kesungguhan Proton untuk meningkatkan kualiti dan membuktikan Prevé adalah sebuah kereta yang selamat setanding dengan jenama lain.”

“Kini standard keselamatan Proton Prevé telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Komitmen Proton untuk menghasilkan kereta mampu milik yang berkualiti tinggi semakin bertambah kuat dengan kejayaan tersebut.”

Preve 5 Star Ancap by

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

28 Comments


  • Sama ke spec sana dengan yang jual kat sini, Proton ni memang sejak azali jual spec bangang kat rakyat.. pastu rakyat tersengih-sengih perasan kereta dia hebat..


  • TAHNIAH TEAM PROTON! atas usaha anda semua mhasilkan sebuah kereta yg menepati piawaian keselamatan antarabangsa. Semua itu adalah langkah permulaan kepada jenama yg diyakini ramai In Sha Allah.

    (Kedai Kopi: Kau boleh bayangkan jika ujian ANCAP ni proton dapat 3 Bintang boleh jadi bahan lawak gelak ketawa kat sini)


  • out of topic: Semalam ada review untuk Proton Exora Bold dalam Utusan Malaysia M/s:20… review yang menarik untuk pembaca faham… klau upload kat sini boleh la buka mata yang lain… ;P


    • beza yang paling ktreaa adalah PS Vita ni ada touch motion kat belakang, boleh gesel kat belakang tu untuk gerakkan games, susah nak cerita, kena tgk video baru tau, hehe ..:)


  • Kurang point pada chest (frontal impact dan side impact)…Proton perlu berusaha lagi…

    Pre-tensioner kena rework semula ke? Entahlah..saya tidak alim dalam perkara ini. Bangga juga sebab Preve score lebih sikit daripada kereta pujaan saya (All New Ford Focus) hahaha..


  • dalam gembira ada jugak sedihnya.. kita bangga2 pun bukan spec ni kita kt malaysia dapat merasa pun.. patutnya proton bagi spec yg sama untuk rakyat malaysia. nk kata faktor kos.. berapa sgt la kos tu kalau nk dibandingkn dgn keselamatan pembeli. lgpun pembeli juga yg akan bayar.


    • Betul…

      Tapi scenario ini hanya akan tempias pada Proton saja kan? Jenama lain yg lagi kurang feature pun tidak ditanya soalan begini..Kurang feature, harga mahal, tak pulak orang sedih..Puji lagi ada…


    • Bukan proton je yang buat mcm ni. Toyota, honda semua buat macam ni kat malaysian.

      Tapi kalau consider price, Preve CFE ialah kereta paling selamat bawah 72k. Takda kereta lain lagi yg offer mcm Preve.


      • Hahah..

        En. Zer, awak ni kelakarlah…suruhlah orang2 Kedah tanam padi yg boleh meet selera orang Malaysia..Kalau tak buat apa kita import beras siam?

        Itupun kalau awak faham kenyataan saya.


        • tu ler..org kedah ni.patutnye try la bagi padi korang KUALITI nye sama dengan beras siam, bkn try nak jual dengan HARGA yang sama dengan beras siam je..

          jgn marah ye kwn..x salah rase nye mintak proton bg terbaik kt rakyat dia,xkan nk mintak dengan syarikat jepun pulak kan..


  • Secara keseluruhan mencapai 5 bintang itu adalah baik. Tetapi jikalau ditelitikan dalam seting dijalankan, masih banyak kelemahan. Harap Proton dapat gunakan ini sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut untuk P3-22A Preve Hatchback nanti.


  • tahniah. Pencapaian yg membanggakan. Semoga menjadi titik tolak yg lebih cemerlang. Bg aku plak, bintang aku xkira, tp berapa markah dia dpt bg pelanggaran yg penting utk tgk, cam corrolla hatch br, side impact markah asal 16/16, tp tolak 1 markah sbb ada intrusion yg mgkin akan mencederakan, jd tinggal 15/16. Preve walupun markah hanya 15.72, tp xda tolak markah sbb xda masalah kat dlm. Cam kes flx, sbnrnya, markah asal aseancap dlm 12++ dr 16, tp tolak 2 markah@modifier sbb ada keadaan mana kemungkinan dashboard sbelah bwh bleh menyebabkan kecederaan.

    Jadi proton kena pastikan interior dia xda mengakibatkan apa2 kecederaan sehingga bleh ditolak markah utk kete akan dtg. Jadikan preve sebagai benchmark utk jd lebih baik.

    Pastuh pasal chest tuh, bg aku yg cetek ilmu, aku rasalah punca dr seatbelt preve yg x height adjustable. kemungkinan seating@position dummy ancap, berbeza dgn aseancap@euroncap. Jd xheran klu markah ada perbezaan kdg2 besar gak. Ada yg markah rendah ancap, tp euroncap markah tinggi.

    Walupun menda nih kecik, aku harap prtn amik kira menda nih, sbb klu ada height adjustment utk seatbelt, bukan sahaja lg selesa,tp aku rasa lg selamat sbb dia akan berada diposisi yg tepat pada dada sbb org bukan sume sama saiz dan tinggi.

    Aku hrp prton mengkaji kelemahan bahagian chest tuh. Tp walupun height adjustment seatbelt itu xda kaitan sekalipun ngan markah chest, tp satu equipment yg baik bg org yg suka pkai seatbelt mcm aku.

    Satu lg mcm mr awak ckp, steering yg reach n rake. Mgkin jugak main peranan walupun kecil dlm pelanggaran.

    Hrp2, preve hatch dpt markah penuh plak. Sbb tgk kebanyakan, yg hatch lg tinggi markah dr sedan.

    Dan permintaan aku, utk saga replacement, pastikan ada versi sekurang2 6 airbags utk versi premium. Xperlah mahal ckitpun. Pastikan preve hatch nanti sume versi 6 airbags n fully safety equip. Rega mahal dr sedan pun xper klu yg executive tuh.

    Proton kena blaja force buyer. Bukan buyer terpaksa beli. Contoh, katakanlah preve sedan executive dinaik taraf dgn sume ciri keselamatan, rega cvt exec dlm 67k, 5k mahal dr rega skang. Klu org komplen mahal, dia ada pilihan lain utk beli contoh saga. Katakanlah saga replacement 6 airbags premium, rega 59k. So, xkan overlap antara saga ngan preve. Bygkan klu saga pun 5 star.

    Klu org ada duit ckit, bleh opt preve exec, ada byk bleh opt preve premium(buat betul2 premium, rega 80k, i.allah org beli).

    Klu yg xda, masih dpt kete fully equip, saga dgn 6 airbags n esp. Cume beza saiz kecik ckit, boot kecik ckit, ride n handling xdalah cam preve n etc, tp memadai sbagai kete rakyat yg lengkap. Interior hard plastik xda hal utk saga, cume design updated ckit n jaga fit n finish serta kualitas :-). Tp ada bonus, saga lg ringan dr preve, utk enjin na 1.6, tentulah saga lg berkuasa dr preve. Pastuh, hapuskan versi se, tp ganti ngan versi r3, maksudnya, se dh xda, yg ada r3 variant jek, brlah btl2 specialkan. Tp xdalah sampai tahap gaban beza dia. Kuar cam versi gen2@waja mme suatu ketika dulupun dh ok,tp bodykit, pkai material biasa,jgn pkai frp, mahal ngat. Org kite nk tgk sport rim beso dr standard,cantik ckit rim dia dr standard, tkr spring dia jek cukup, pastuh tune mufler n special ecu tuning. Sama cam gen2 n waja mme dulu. Aku dulu mmg nk angkat satu, tp doh ada manual ajek, xjadi sbb org umah nk auto.
    Interior just bg itam merah@merah itam cam versi neo r3, tp seat xperlu recarro@etc, cume jahitan kulit jek n warna jek, seat standard pun xper.

    N just tkr kaler lampu meter. Ok aper.

    Sorry, byk ckp. Slm.

Leave a Reply