ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S70 dilancarkan – Empat pilihan varian, harga dari RM73,800

Berita Tempatan

Views

Segala penantian berakhir hari ini setelah Proton secara rasminya melancarkan model sedan terbaharunya iaitu Proton S70 ke pasaran Malaysia.

Empat pilihan varian ditawarkan dan berikut adalah senarai lengkap varian termasuk harga (atas jalan tidak termasuk insurans):

  • 1.5T Executive – RM73,800
  • 1.5T Premium – RM79,800
  • 1.5T Flagship – RM89,800
  • 1.5T Flagship X – RM94,800

Tujuh pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula adalah:

  • Marine Blue (Metalik) – 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Armour Silver (Metalik) – 1.5T Premium dan 1.5T Flagship sahaja
  • Quartz Black (Metalik) – 1.5T Flagship X sahaja
  • Space Grey (Metalik) – semua varian
  • Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Passion Red (Solid) – 1.5T Premium dan1.5T Flagship sahaja
  • Snow White (Solid) – semua varian

 

Kesemua varian Proton S70 dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas. Selain itu, Proton S70 turut diberikan tiga mod pemanduan, iaitu EcoSport dan Comfort.

Model sedan segmen-C yang dibangunkan dari pelantar B-Segment Modular Achitecture (BMA) ini mempunyai ukuran dimensi 4,602 mm panjang, 1,809 mm lebar, dan 1,466 mm tinggi, dengan jarak antara rodanya 2,627 mm.

Untuk membangunkan S70, Proton telah menghabiskan 260,000 jam masa bekerja bagi melengkapkan proses kejuruteraan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Proton juga telah menghabiskan 75,000 jam masa bekerja yang melibatkan ujian jalan raya sebenar di Malaysia sejauh 1.2 juta kilometer.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Model dengan namakod SS11 ini bukanlah sekadar ‘menukar lencana’ dan mengubah pemanduan dari sebelah kiri (LHD) ke sebelah kanan (RHD) semata-mata, kerana 453 komponen baharu telah dibangunkan semula termasuk 283 komponen yang dihasilkan oleh pembekal (vendor) tempatan.

Sebanyak 24 komponen dihasilkan sendiri secara dalaman oleh Proton, termasuk 145 komponen ‘tercurai’ (knocked down), manakala enjinnya (GEP3) turut dipasang di kilang enjin Proton Powertrain di Tanjung Malim.

Berikut adalah perincian perincian ringkas S70 (SS11) mengikut varian:

Varian 1.5T Executive
  • Rim aloi bersaiz 16-inci
  • Saiz tayar 205/55R16
  • Lampu hadapan jenis halogen
  • Lampu siang LED
  • Cermin sisi lipat secara manual
  • Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
  • 5 slot USB, 4 pembesar suara
  • 6 beg udara
  • Paparan meter analog monokrom bersaiz 3.25-inci
  • Pendingin hawa larasan manual
  • Bolong pendingin hawa di belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Kawalan Jelajah
  • Brek parkir elektronik dengan fungsi auto-hold
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantuan Ubah Lorong
  • Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – resolusi 1024 x 600 Linux
  • Kemasan tempat duduk fabrik

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian 1.5T Premium (tambahan dari varian 1.5T Executive)
  • Lampu hadapan jenis LED automatik
  • Pendingin hawa automatik
  • Cermin sisi auto-lipat
  • Tingkap dengan fungsi anti-trap
  • Jejalur lampu belakang
  • Kemasan balutan stereng dan tempat duduk jenis kulit buatan (leatherette)
  • Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang
Varian 1.5T Flagship (tambahan dari varian 1.5T Premium)
  • Rim aloi bersaiz 17-inci
  • Saiz tayar 205/50R17
  • Bukaan pintu but belakang induktif
  • Paparan meter digital jenis LCD bersaiz 10.3-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
  • Enam pembesar suara
  • Unit inforia bersaiz 12.3-inci
  • Tempat duduk pemandu larasan kuasa
  • Mod pilihan talaan stereng
  • Pengecas nirwayar
  • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
  • Sistem pemantau tekanan angin tayar
  • Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0) – Brek Kecemasan Automatik, Amaran Pelanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adapatif Pintar dengan fungsi ‘henti dan mula’, Bantuan Kekal Lorong dengan Amaran Keluar Lorong, Pengecaman Tanda Trafik, Suluhan Lampu Tinggi Pintar
  • Pemantau Tekanan Tayar
  • Arahan Suara (Hi Proton!), navigasi, ramalan cuaca, penstriman muzik secara dalam talian menerusi sistem 4G dan wi-fi terbina dalam
Varian 1.5T Flagship X (tambahan dari varian 1.5T Flagship)
  • Bumbung suria (sunroof)
  • Perakam Video Digital (dashcam)

Proton turut menawarkan pakej standard bagi pembelian S70 yang terdiri daripada, jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB sebulan untuk lima-tahun (bagi varian Flagship dan Flagship X), enam kali caj upah servis percuma, kadar faedah pembiayaan serendah 2.34 peratus setahun serta program insurans Proton.

Bukan itu sahaja, 3,000 pembeli terawal Proton S70 akan ditawarkan pakej khusus yang merangkumi aksesori kitbadan percuma bernilai RM3,130 (untuk varian Flagship sahaja), baucar servis bernilai RM500 (untuk Premium dan Flagship sahaja) dan program insurans Proton yang dipertingkatkan (perlindungan bencana khas percuma bagi tahun pertama).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply