Sekumpulan pelajar warga asing terpaksa melupakan keseronokan mereka untuk berkelah di tepi pantai selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang disewa terbenam di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson pada Khamis.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas tayar kenderaan berkenaan tersangkut pada pasir pantai.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib berkata, seramai tujuh orang pelajar berkenaan tiba di kawasan pantai berkenaan kira-kira jam 6 pagi hingga 7 pagi untuk berkelah.
“Mereka yang merupakan warga Sudan telah pergi ke kawasan tepi pantai, namun tayar kenderaan yang dinaiki tersangkut pada pasir pantai.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
“Mereka kemudiannya cuba mendapatkan khidmat tunda kenderaan, namun sekitar jam 9 pagi air laut pasang hingga menyebabkan kenderaan yang disewa mereka masuk ke dalam laut,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian pada jam 10.30 pagi selepas ia tular di media sosial. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati SUV terbabit telah pun dibawa keluar.
“Hasil temu bual dengan pelajar berkenaan, mereka datang ke situ untuk berkelah sambil barbeku sempena cuti Aidilfitri,” katanya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Info Semasa
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI