Akhirnya impian kita untuk melihat kereta terbang menjelang 2020 bakal menjadi kenyataan! Petang tadi Berita Harian melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata prototaip kereta terbang pertama Malaysia yang dipacu oleh teknologi tempatan sudah siap dan bakal diperkenalkan tahun ini.
Walaupun ramai yang skeptikal dan mengkritik kenyataannya sebelum ini mengenai kewujudan kereta terbang tersebut, Mohd Redzuan berkata perkara itu bakal terlaksana tidak lama lagi. Katanya tahun ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikannya menaiki kereta terbang.
Bagaimanapun, jangkaan masa mengenainya tertakluk kepada interaksi antara dua pihak iaitu penyedia teknologi dan juga penaja. Ia bergantung kepada pihak berkenaan sama ada mereka boleh mengemukakan saranan mereka mengenai teknologi berkenaan dengan kadar segera.
JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?
Apa yang penting, kementerian mahu membuka mata semua pihak bahawa ia boleh dilaksanakan. Malah, ada beberapa kementerian lain memberikan maklum balas kepada beliau untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan pedalaman,.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Growth Malaysia, hari ini. Mohd Redzuan berkata pelancaran kereta terbang itu juga tertakluk kepada undang-undang keselamatan penerbangan. Kereta tersebut perlu memenuhi beberapa spesifikasi termasuklah terbang pada altitud yang rendah, mempunyai kelajuan yang munasabah serta selamat.
Tambahnya lagi, prototaip kereta terbang itu sudah ada dan sebenarnya syarikat tempatan mempunyai kemahiran yang cukup untuk membangunkannya. Kereta terbang itu mungkin menggunakan teknologi tempatan dengan kapasiti untuk dua penumpang. Kos pelaburannya dijangka menelan belanja sekitar RM1 juta.
Tak sabar kami nak melihat rupa kereta terbang pertama negara. Nak tahu sama ada ia boleh terbang ke tidak kena tunggu la sesi uji terbangnya nanti. Tunggu!
JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI