ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

Berita Tempatan

Views

Petang tadi Proton telah menayangkan foto rasmi pertama Persona facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bersama-sama dengan Iriz. Kedua-duanya merupakan model pertama Proton yang mendapat perubahan pada reka bentuk luaran sejak kerjasama dengan Geely pada 2017.

Persona 2019 bakal menampilkan unsur rekaan keluarga terkini Proton yang mula diperkenalkan pada model SUV X70. Gaya rekaan ini juga bakal diterapkan kepada semua model Proton pada masa akan datang. Perubahan ketara Persona facelift ialah pada bentuk luaran jeriji dengan rekaan serba baharu yang diinspirasikan dari busur (Ethereal Bow), manakala di dalamnya dihiasi dengan corak yang bermotifkan anyaman infiniti (Infinite Weave).

Bahagian bamparnya juga turut menerima rekaan baharu yang kini hadir dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) yang berlatarbelakangkan jejaring berbentuk sarang lebah. Pada pandangan kami, wajah baharu Persona kini tampak lebih lebar dan lebih agresif berbanding model sebelumnya.

Di belakang, beberapa perubahan telah dilakukan dan tiada lagi logo harimau yang digantikan dengan hanya perkataan Proton pada bar melintang yang bersambung dengan lampu belakang. Selain itu reka bentuk bamparnya juga lebih tonggek dan seksi, tidak lagi labuh seperti dahulu.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Rekaan diffuser baharu yang diserikan dengan kemasan jalur krom menjadikan model ini nampak lebih mewah. Perincian kemasan berbentuk sarang lebah pada bahagian bawah jalur krom menjadikan bampar belakang Persona lebih anggun dan sporty.

Akhir sekali, muka taip pada lencana nama Persona kini menggunakan huruf yang lebih tebal dan condong supaya ia selari dengan tema rekaan luaran keseluruhan model ini. Selain itu Persona turut menerima rim aloi 15-inci baharu dengan rekaan jejari berkembar dan tidak lupa juga antena ‘sirip jerung’.

Model ini turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh berwarna yang mempunyai fungsi arahan suara. Sistem ini turut digunakan pada model X70 dan Iriz yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX. Ia sekaligus menjadikan Persona, sedan keluarga pertama dalam segmen-B yang menawarkan ciri-ciri canggih tersebut kepada pembeli kereta di Malaysia.

Butiran lanjut mengenai sistem infohiburan dan juga spesifikasi Persona berwajah baharu ini akan diumumkan apabila hampir dengan tarikh pelancaran. Menurut maklumat yang kami kongsikan dalam artikel terdahulu, Persona dan Iriz facelift akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply