ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video pertengkaran di kaunter tidak berlaku di pejabat JPJ

Tular

Views

Dalam satu hantaran ringkas menerusi laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menafikan dakwaan warganet yang mengatakan video insiden pertengkaran di kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berlaku di dalam premis atau pejabat mereka.

Pihaknya turut memandang serius perkara tersebut yang tular sejak semalam, di mana dalam klip video berdurasi 43 saat itu menunjukkan insiden pertengkaran di kaunter di mana seorang individu telah memaki hamun pegawai yang bertugas. Dikatakan lelaki tersebut berang setelah dia disuruh pulang apabila tiba gilirannya setelah menunggu untuk berurusan selama empat jam.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Alasan yang diberi petugas di kaunter ialah ketika itu sampai waktu rehat dan tidak cukup kakitangan walaupun ketika kejadian kelihatan ada beberapa pegawai yang mundar-mandir seperti tanpa melakukan sebarang kerja (bersangka baik mungkin mereka bukan bukan bertugas di kaunter).

Siasatan lanjut mendapati kejadian tersebut tidak berlaku di dalam premis atau pejabat mereka sepertimana yang diwar-warkan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia juga sentiasa mengingatkan Warga Cemerlang JPJ agar sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang selari dengan kehendak semasa agar memudahkan rakyat berurusan tanpa menimbulkan sebarang masalah dan mendapat layanan yang sewajarnya.

* Kalau kena kat penulis pun hangin juga, ada ke patut suruh balik lepas dah tunggu berjam-jam.

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply