ARKIB

KATEGORI

Buletin

Satelit MEASAT-3 mungkin akan hanyut di orbit geopegun dan dibimbangi hilang kawalan

Berita Tempatan

Views

Masalah yang dihadapi oleh satelit MEASAT-3 pada 21 Jun lalu yang menyebabkan gangguan siaran pada Astro dan juga perkhidmatan jalur lebar luar bandar CONNECTme dilihat kian memburuk.

Harian Teknologi melaporkan, satelit dari pesawat Boeing 601 yang dilancarkan pada Disember 2006 lalu itu, kini dilaporkan berkemungkinan akan hanyut di orbit geopegun dan dibimbangi hilang kawalan. Ia sepatutnya dijadualkan akan digantikan dengan MEASAT-3d pada tahun 2022.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

MEASAT menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan pihaknya masih lagi memerintah dan mengawal MEASAT-3. Walaubagaimanapun, perkhidmatan yang diuruskan sebelum ini, diuruskan oleh satelit-satelit MEASAT yang berkongsi kedudukan dan satelit pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan di rantau yang sama.

Kumpulan satelit-satelit MEASAT ditempatkan di hot slot orbital 91.5 darjah Timur. Tetapi, MEASAT-3 telah mula menghanyut keluar dari posisi berkenaan pada 22 Jun lalu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menjelang 10 Julai, kedudukannya sudah berada di 86.4 darjah Timur dan semalam telah pun menghanyut lebih jauh lagi pada 84.69 darjah Timur. Menurut pakar, amat sukar sesebuah satelit untuk kembali pulih ke keadaan asal apabila sudah berada ke tahap hanyutan sejauh ini.

MEASAT-3 merangkumi kawasan Asia, Australia, Selatan Eropah, Afrika, dan Timur Tengah dengan jalur-C. Manakala Malaysia, Indonesia, dan Asia Selatan pula dirangkumi dengan jalur-Ku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply