ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC lancar Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad – 200 unit sahaja, harga RM181,888

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini telah melancarkan trak pikap Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad.

Hanya 200 unit ditawarkan dan tempahannya kini dibuka secara dalam talian menerusi shop.sdacford.com.my yang di mana pelanggan juga boleh menempah semua model Ranger yang lain termasuk Everest.

Menggabungkan keupayaan lasak, ciri premium dan teknologi tiada tandingan, Ranger StormTrak merupakan versi yang dinaik taraf berasaskan model Ranger WildTrak sememangnya diminati ramai.

Tiga pilihan warna ditawarkan untuk Ranger StormTrak, iaitu Putih Artik, Kelabu Meteor dan Hitam Mutlak.

Menurut Pengarah Eksekutif, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik (APDM) & Korea, David Jeffrey, menerusi model ini, pihaknya meluaskan rangkaian Ford dengan menempuh batasan dan meluaskan keupayaan sebuah trak pikap.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ranger StormTrak memperlihatkan Skim StormTrak dengan bahagian luar dan dalam yang unik, melambangkan semangat kembara dan gaya.

Ciri-ciri lain termasuk roda 20 inci dengan kemasan Hitam Asfalt kusam dan sisipan roda Merah Race, jeriji dan bampar Skim StormTrak dan juga lambang dan reka bentuk yang mencerminkan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad.

Di bahagian dalam pula, daya tarikan Skim StormTrak diperlihat pada papan pemuka yang dihiasi jahitan Merah Race, tempat duduk yang memaparkan logo StormTrak, jahitan Merah Race, dan sisipan suede Miko®, yang memberikan penampilan kabin yang mewah lagi bergaya.

Ranger StormTrak turut dilengkapi beberapa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelasnya, yang direka untuk pengembaraan.

Antaranya termasuk ‘Lampu Sokongan’ untuk menerangi jalan lasak yang gelap, ‘Pencahayaan Zon’ untuk mencerahkan lagi ruang di sekeliling kereta, dan lampu kargo untuk memudahkan proses memuatkan dan memunggah barang.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan Sistem Rak Fleksibel dan Rel Para Bumbung Boleh Ayun Posisi, membolehkan pelarasan palang sukan dilakukan dengan satu tangan, sambil menyokong pelbagai jenis muatan sehingga 80 kilogram (dinamik) dan 250 kilogram (statik).

Dikuasakan olehn enjin Bi-Turbo 2.0 liter EcoBlue turbodiesel, Ranger StormTrak mampu menjana output sehingga 210 PS pada 3,750rpm dan daya kilas sehingga 500 Nm pada 1,750rpm.

Kenderaan ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti Tuil Gear Elektronik dengan transmisi automatik 10 kelajuan, Tekanan Brek Auto dan Bantuan Parkir Aktif 2.0, yang turut ditawarkan dalam Ranger Raptor dan Everest Titanium.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, Ranger StormTrak ialah kenderaan pertama sepertinya dalam pasaran pikap dan pasti menarik perhatian mereka yang mencari sebuah kenderaan dinamik untuk gaya hidup dinamik.

Pelanggan yang menempah Ranger StormTrak akan menerima jaket Pengadang Angin Ranger StormTrak yang diberikan semasa penyerahan kenderaan itu nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply