Proton secara rasminya kembali semula ke pasaran Singapura menerusi pelancaran kenderaan elektrik (EV) sulungnya, Proton e.MAS 7 yang membuat penampilan secara eksklusif di The Car Expo 2025.
Model SUV elektrik ini muncul selepas mencatat kejayaan sebagai EV paling laris di Malaysia selama empat bulan berturut-turut, menandakan detik penting dalam strategi eksport jenama automotif negara itu.
Lebih signifikan, ia juga mengakhiri penantian lebih 10 tahun sejak Proton kali terakhir beroperasi di republik berkenaan.
Pelancaran ini turut mengukuhkan kerjasama strategik dengan pengedar rasmi baharu, Vincar Group yang akan menerajui operasi EV di bawah jenama e.MAS di Singapura. Langkah ini sejajar dengan usaha negara tersebut mempercepatkan peralihan kepada mobiliti hijau.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan Proton e.MAS 7 kepada rakyat Singapura.
Ini bukan sekadar kembalinya Proton ke pasaran, malah ia merupakan simbol komitmen syarikat terhadap masa depan mobiliti elektrik di rantau ini.
Menurut data, pasaran EV di Singapura menunjukkan pertumbuhan kukuh, meningkat daripada 12 peratus kepada 18 peratus dalam tempoh setahun antara 2022 dan 2023.
Kerajaan Singapura mensasarkan 55 peratus penggunaan EV menjelang 2027, dan telah menetapkan pelan menyeluruh termasuk 60,000 pengecas EV menjelang 2030 serta peralihan penuh kepada kenderaan bertenaga bersih menjelang 2040.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Proton e.MAS 7 direka sebagai SUV segmen C berpenampilan futuristik dengan rekaan aerodinamik (pekali seretan 0.275). Ia dilengkapi sistem pacuan elektrik bersepadu 12-dalam-1 dan bateri bilah pendek Aegis, memberikan prestasi cekap dan responsif untuk pemanduan bandar.
Kedua-dua varian Prime dan Premium bakal dipamerkan di reruai D25, Singapore EXPO Hall 3 & 4. Antara ciri utama termasuk skrin sesentuh 15.4-inci 2.5K dengan Flyme Auto, cip kokpit pintar 7nm, sistem pencahayaan LED penuh dan ruang dalaman berteknologi tinggi.
Ia juga hadir dalam enam warna pilihan menarik iaitu Platinum Silver, Turquoise Green, Slate Grey, Quartz Rose, Lithium White dan Moyu Black.
Setakat ini, Proton telah menerima lebih 6,000 tempahan di Malaysia, satu angka yang menunjukkan penerimaan positif terhadap peralihan kepada EV buatan tempatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI