Macam-macam hal. Semalam kes ugut pegawai JPJ dengan pisau sebab gagal ujian memandu kali keempat, hari ada pula kes tersesat jalan kerana terlalu mengikut arahan aplikasi Waze. Sinar Harian melaporkan, akibat terlalu mengikut arahan aplikasi Waze, seorang bidan tersesat hingga ke ladang kelapa sawit.
Akibatnya, tayar kereta milik wanita tersebut terlekat dalam di dalam lumpur tanah merah dan terpaksa meminta bantuan dari pihak bomba. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Teluk Panglima Garang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafizie Hassan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.36 pagi.
Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra. Bomba menerima laporan, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an menaiki sebuah Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas menggunakan aplikasi Waze.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?
Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya di bawa keluar dari kawasan tersebut. Wanita tersebut merupakan seorang bidan dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Saujana Putra. Bidan tersebut menggunakan aplikasi Waze ketika dalam perjalanan dari Ulu Yam ke Saujana Putra untuk mengurut pelanggannya.
Bila sebut pasal Waze ni, kami yakin ramai yang dah terbiasa sesat dibuatnya. Sampai ada kes di luar negara, kereta terjun dalam tasik sebab ikut sangat aplikasi ni. Kami pun dah terkena beberapa kali dan sejak guna Peta Google dah jarang sesat jalan, kalau sesat pun sebab salah ikut arahan.
Tapi Waze ni kebaikannya, ia akan terus memberi kita laluan alternatif sekiranya ada jalan sesak teruk dan ada yang gunakannya untuk mengesan lokasi perangkap had laju (speed trap). Apapun, kita tak boleh terlalu bergantung 100 peratus pada aplikasi mudah alih, terutama sekali bila berada di kawasan luar bandar. Lebih baik tanya orang di sekitar kawasan tersebut, bak kata orang tua-tua “malu bertanya sesat jalan” kan?
JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!
KLIK UNTUK BESARKAN
black edition some more.