Hari ini tular cerita mengenai seorang calon ujian memandu yang mengugut pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menggunakan sebilah pisau. Harian Metro melaporkan kejadian tersebut berlaku disebabkan calon tersebut yang merupakan seorang penuntut kolej tertekan kerana gagal ujian memandu buat kali keempat.
Kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian 10.23 pagi itu, suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ yang berusia 34 tahun.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?
Katanya, suspek yang menjalani ujian ulangan buat kali keempat melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah. Akibat kesalahan tersebut anggota JPJ terbabit terus memberitahu suspek yang dia gagal lalu memintanya memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat tersebut.
Semasa hendak menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter dan mengacukannya pada rusuk kanan anggota JPJ berkenaan sambil bertegas untuk lulus ujian tersebut. Walaubagaimanapun, anggota terbabit berjaya membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan.
Anggota berkenaan terus menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan. Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan membawa suspek ke Balai Polis Mantin. Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh.
Foto kredit Malaysian Response Team.
JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI