Proton telah melancarkan barisan pengeluaran model untuk sedan terbaharunya, S70 di Tanjung Malim, hari ini.
Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.
S70 (SS11) merupakan model sedan baharu yang pertama yang menyertai barisan model Proton sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.
Selain mengumumkan nama rasminya, Proton turut mengumumkankan cogan kata (tagline) bagi S70 iaitu “Intelligence that Evolves“.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Serentak dengan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong turut mengesahkan tempahan model sedan ini mula dibuka hari ini (1 November 2023) dengan bayaran sebanyak RM500.
Katanya, menerusi pengenalan S70, Proton kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model yang merupakan evolusi seterusnya bagi model sedan sedia ada.
S70 akan dijana oleh rangkaian kuasa berkapasiti 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam tujuh-kelajuan (7DCT).
Ia turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem bantuan pemanduan pintar. Proton berharap model ini akan membantu mereka kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Wira, Waja, dan Prevé.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Mengikut X70, X50, dan X90, S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely. Ia juga merupakan model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun 2023.
Sebelum pelancaran rasminya, sesi pra-tinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat.
Tambah Dr. Li Chunrong, upacara hari ini adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha mereka bersama DRB-Hicom dan Geely untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan.
Sejak tahun 2019, Proton telah melabur lebih dari RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di sini dan berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran yang merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan Kenderaan Elektrik (EV) pada masa depan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI