smart Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik serba baharunya, smart #1 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Serentak dengan itu juga, smart Malaysia turut mengumumkan harga rasmi smart #1 yang ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu Pro, Premium dan BRABUS.
Berikut adalah harga atas jalan (tanpa insurans) smart #1 termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan:
- smart #1 Pro – RM189,000
- smart #1 Premium – RM219,000
- smart #1 BRABUS – RM249,000
PRO-NET, pengedar eksklusif smart #1 di Malaysia dan Thailand, telah merancang pelan hala tuju Proton EV serta mewujudkan ekosistem bersepadu dengan lancar.
Ia merangkumi rangkaian pengedar, perkhidmatan selepas jualan, aplikasi digital ‘Hello smart‘ yang mesra pengguna, dan pengurusan bateri voltan tinggi di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pihaknya komited untuk membentuk semula landskap mobiliti serba-elektrik premium di negara ini dan berhasrat untuk merevolusikan industri EV automotif.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
smart #1 didatangkan dengan 10 kombinasi warna yang menarik iaitu Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, termasuk kemasan dwitona iaitu Atom Grey – Matte (bumbung Atom), Atom Grey – Matte (bumbung Merah), Cyber Silver (bumbung Merah) dan Meta Black (bumbung Merah).
Selain itu, terdapat tiga variasi gaya dalaman khusus, dengan kemasan ‘After Dark‘ untuk varian Pro, ‘Dark Matter‘ dwitona kombinasi putih dan hitam untuk varian Premium, dan dalaman ‘BRABUS’ eksklusif untuk varian BRABUS.
Dari segi dimensi, smart #1 berkuran 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar, dan 1,636 mm manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,750 mm.
Dikuasakan oleh bateri LFP 49kWj dengan jarak pemanduan sejauh 315km (WLTP), varian Pro didatangkan dengan rim aloi 19-inci seretan rendah untuk kestabilan dan bumbung halo panoramik.
Varian Premium pula menawarkan ciri tambahan seperti lampu hadapan ‘CyberSparksLED + Matrix‘, jeriji bercahaya, dan bateri NMC 66kWj.
Ia dilengkapi dengan motor tunggal berkuasa 200kW dengan 343Nm daya kilas yang memacu roda belakang, memberikan jarak pemanduan sejauh 440km (WLTP).
Varian Brabus pula direka untuk peminat kereta berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100km/j dalam masa 3.9 saat.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Kuasa disalurkan menerusi rangkaian kuasa dwi-motor pacuan semua roda yang menjana kuasa sebanyak 315kW dengan 543Nm daya kilas serta menawarkan jarak pemanduan sejauh 400km (WLTP).
Dari segi keselamatan, smart #1 dilengkapi dengan tujuh beg udara, sistem pemantau tekanan angin tayar, cagak Isofix, bantuan mula mendaki dan bantuan menurun, kawalan brek selekoh (CBC) serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan pemanduan kendiri Tahap 2.
smart Malaysia turut memperkenalkan Pakej Pemilikan Premium All-Inclusive yang merangkumi:
- Jaminan bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
- Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
- Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
- Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
- Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
- Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
- Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
- Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
- 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
- Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif
Peelanggan boleh memilih warna eksklusif Atom Grey – Matte dengan tambahan wang sebanyak RM5,000. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pengedar rasmi smart atau muat turun Aplikasi Hello smart menerusi Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery atau layari https://my.smart.com/#/.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI