ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Spekulasi

Views

Baru-baru ini penulis ada menyiarkan artikel berkenaan dengan model ‘supermoped‘ hasil usaha sama antara Modenas dan Kawasaki yang dikatakan sedang menjalani ujian di luar negara.

Menurut rakan media di Pandulaju.com.mymodel prototaip yang sudah siap dibina itu sebenarnya berada di Eropah (foto kecerdasan buatan (AI) sekadar hiasan semata-mata).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Bagaimanapun, lokasi spesifik negara Eropah itu masih dirahsiakan. Difahamkan ada sepasukan jurutera Modenas sedang ‘berkampung’ di Eropah sejak tiga bulan lalu untuk membantu persiapan supermoped berkenaan.

Terkini, rakan media di Bikesrepublic.com, memaklumkan Kawasaki Motors mempunyai pejabat-pejabat di Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Sweden, dan UK.

 

Tambah mereka, Kawasaki India baru-baru ini melancarkan model ‘cafe racerW175 yang dikemaskini untuk tahun 2024. Ia dijana oleh enjin satu silinder tunggal bersesaran 177cc, dilengkapi suntikan bahan api dengan sejukan udara.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Enjin ini mampu menghamburkan 13 kuasa kuda dengan 13Nm daya kilas. Sebenarnya, ia bukanlah enjin baharu dan telah berada di pasaran untuk beberapa ketika.

Ini bermakna, ia telah diuji dan terbukti serta mudah untuk didapati. Persolannya kini, adakah ini enjin yang akan menggerakkan supermoped itu nanti?

Apapun, ia cumalah sekadar spekulasi mereka semata-mata, sama seperti yang pernah terjadi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan. Imej janaan kecerdasan buatan (AI)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply