smart Malaysia telah bekerjasama dengan CapitaLand untuk mengadakan kempen cabutan bertuah untuk Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.”
Pemenang yang bertuah akan membawa pulang sebuah smart #1 Premium baharu, bersama hadiah eksklusif lain bernilai lebih RM400,000.
Peraduan berlangsung sehingga 31 Oktober 2025 di pusat beli-belah CapitaLand yang terpilih. Kempen ini menawarkan peluang kepada pembeli untuk memenangi ganjaran menarik sambil menikmati pengalaman membeli-belah mereka.
Kolaborasi antara smart Malaysia dan CapitaLand tahun ini bertujuan menjadikan mobiliti lestari lebih mudah diakses dengan memperkenalkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada kenderaan elektrik.
Sebagai rakan niaga, smart Malaysia bukan sekadar memberikan sebuah kereta; tetapi mengiginkan orang ramai dalam perubahan ke arah pengangkutan yang mesra alam.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Inisiatif ini menggalakkan perubahan fikiran dalam membantu orang ramai memahami manfaat mobiliti hijau dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, kerjasama ini bukan hanya tentang memberikan sebuah kereta; ia juga mendorong orang ramai untuk lebih ingin tahu dan faham tentang pengangkutan yang mesra alam.
smart Malaysia bakal mengadakan acara pameran khas di pusat beli-belah CapitaLand dan pengunjung berpeluang untuk melihat secara dekat smart #1.
Di sana, mereka dapat belajar lebih mendalam tentang teknologi canggih, kawalan prestasi yang terbaik, dan reka bentuknya yang menarik.
Pengunjung yang ingin mencuba nasib dalam cabutan bertuah boleh menyertai peraduan ini dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu transaksi di mana-mana pusat beli-belah CapitaLand yang terpilih.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Bagi mereka yang memiliki kad UOB di Pulau Pinang, syarat perbelanjaan lebih rendah, iaitu sekurang-kurangnya RM100 di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.
Selain hadiah utama yang ditawarkan, peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran menarik.
Antara ganjaran tersebut termasuk pakej percutian yang mengujakan, barangan elektronik, pelbagai peralatan rumah yang berguna, dan juga baucar beli-belah yang boleh diguna pakai untuk membeli pelbagai barang pilihan.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, smart Malaysia memperkenalkan program yang menarik iaitu Cabutan Bertuah Bulanan smart.
Untuk mengambil bahagian dalam cabutan ini, anda hanya perlu memuat turun dan mendaftar di Aplikasi Hello smart.
Peraduan ini bukan sahaja menawarkan cabutan bertuah, tetapi juga memberikan pengalaman interaktif yang lebih bermakna. Ia membolehkan pelanggan berinteraksi dengan aplikasi smart.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI