ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar larangan rentas negeri hukumnya haram – Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Tempatan

Views

Haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, seperti yang ditetapkan kerajaan, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. Menurut Berita Harian, beliau berkata, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Kata beliau, sekiranya tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram kerana angka jangkitan semakin tinggi dan jika dibenarkan rentas negeri bilakah rantaian jangkitan ini akan berhenti. Tambahnya, baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong.

Ujarnya, perbuatan itu dua kali haram kerana menipu untuk rentas negeri dan menipu surat kebenaran. Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran COVID-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan COVID-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

Luqman berkata, beliau sendiri sepatutnya ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat baru-baru ini tetapi membatalkannya bagi mengelak sebarang risiko jangkitan. Beliau telah mendapat surat kebenaran rentas negeri daripada pihak polis, tetapi apabila seluruh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau terpaksa berfikir semula.

Tambah beliau lagi, mungkin dirinya dijangkiti atau menjangkiti mereka di sana jadi beliau memutuskan untuk tidak ke Kelantan dan hanya menjalani mesyuarat secara dalam talian. Katanya lagi, jika ada keperluan, bolehlah merentas negeri dan kerajaan juga membenarkannya tetapi jika hanya untuk tujuan sosial, ia akan hanya membawa risiko yang lebih tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply