ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sorok Yamaha 135LC dalam bilik tidur lepas kantoi video buat aksi berbahaya tular

Berita Tempatan

Views

Cubaan seorang remaja lelaki menyembunyikan motosikalnya di dalam bilik tidur di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak, selepas video aksinya menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial gagal selepas ditahan polis semalam.

Menurut Harian Metro, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9 pagi semalam berkaitan dua rakaman video yang tular di Twitter berdurasi 22 saat dan 30 saat.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, hasil risikan pada rakaman video pertama dapati kejadian berlaku jam 5.30 petang kelmarin di Jalan Sungai Tua menghala ke Ulu Yam.

Hasil paparan video itu dapat dikenal pasti suspek berusia 15 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 warna biru hitam menetap di Batu Caves sebelum dia ditahan jam 2.45 petang tadi.

Tambahnya, hasil risikan pada rakaman video kedua dapati kejadian berlaku pada 29 Jun lalu jam 1 tengah hari di Jalan Batu 6 1/2 Jalan Gombak (Kampung Tengah) menghala ke arah Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Siasatan lanjut kemudian mendapati suspek berusia 15 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC dan menetap di Taman Harmonis, Gombak, sebelum dia ditahan jam 3 petang semalam.

Mohd Nadzri berkata, bagi mengelak motosikalnya dikesan, remaja lelaki terbabit turut menyembunyikan di dalam bilik tidurnya namun gagal selepas pemeriksaan menemuinya.

Katanya lagi, mereka bersama motosikal itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply