ARKIB

KATEGORI

Buletin

SpaceX pecah rekod dunia hantar 1,000 tan muatan ke orbit

Berita Tempatan

Views

Syarikat SpaceX milik manusia paling kaya di dunia, Elon Musk melancarkan misi Transporter-9 iaitu satu penerbangan ‘rideshare‘ ke orbit Bumi yang membawa 90 muatan pada Sabtu lalu.

Laman berita Wion News melaporkan, pelancaran itu menandakan SpaceX telah menghantar lebih 1,000 tan muatan ke orbit. Musk berkata, pencapaian tersebut adalah ‘rekod baharu dunia‘.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beberapa jam selepas misi Transporter-9 dilancarkan, Musk mengumumkan di laman X: “Roket Falcon telah menghantar lebih 1,000 tan muatan ke orbit pada tahun ini, satu rekod dunia.”

Dalam hantaran lain, katanya, pelancaran itu menandingi misi angkasa lepas semasa zaman kemuncak Kesatuan Soviet.

Tambah Musk, misi penghantaran muatan ke orbit oleh China pada masa ini hanya menyamai satu perempat daripada pencapaian Space X.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ini jauh lebih banyak daripada yang dilancarkan oleh mana-mana negara dengan keseluruhan armada roket mereka dalam setahun. Tempat kedua ialah Kesatuan Soviet dengan muatan 500 tan.

Untuk perbandingan masa kini, seluruh dunia telah menghantar 250 tan muatan ke orbit setakat tahun ini, kebanyakannya oleh China,.

Mengikut butiran misi SpaceX, misi kali ini juga merupakan pelancaran dan pendaratan sempurna kali ke-12 bagi roket Falcon 9. 90 muatan itu termasuk CubeSats, MicroSats dan kenderaan pemindahan orbit. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SpaceX

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply