ARKIB

KATEGORI

Tular

Tiada lesen memandu, pinjam Proton Waja majikan jadi ‘mercun bergerak’ – Warga asing ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas perbuatannya menyalakan bunga api pada kereta bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 14 saat itu di Instagram Kosmo! sekitar pukul 8.30 malam.

Hasil semakan mendapati video tersebut dengan jelas memaparkan perbuatan berbahaya individu berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 31 tahun di kedai majikannya pada pukul 12 tengah malam serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

Jelasnya lagi, pekerja kedai sayur itu tidak mempunyai lesen memandu manakala kenderaan yang digunakan adalah milik majikannya.

Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan yang menyebabkan letupan dengan niat mendatangkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian ibu negara.

Sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply