ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dan Baidu sedang bangunkan model sedan elektrik 544 kuasa kuda, Ji Yue 02

Berita Tempatan

Views

Model sedan elektrik hasil usahasama Geely dan Baidu, Ji Yue 02 baru-baru ini telah dikesan di China ketika sedang menjalani ujian jalan raya.

Ji Yue 02 dibina berasaskan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) dari Geely dan dilengkapi sistem pemanduan pintar dari Baidu yang menggunakan kamera, bukannya LiDAR.

Model sedan ini bakal menembusi pasaran pada 2024. Ji Yue merupakan pengganti usahasama Jidu antara Geely dan Baidu. Ia ditubuhkan pada 2021, dengan Baidu memegang 55 peratus saham manakala baki 45 peratus lagi dimiliki oleh Geely.

Pada 2022, Jidu memperkenalkan dua model konsep, namun usahasama tersebut telah gagal untuk mendapatkan kebenaran pengeluaran dan ia telah digantikan dengan Ji Yue pada bulan Ogos 2023.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kini, Geely memegang 65 peratus saham dan Ji Yue telah melancarkan model sulungnya iaitu sebuah SUV, Ji Yue 01. Mereka kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan kereta keduanya.

Ji Yue 02 berasaskan model konsep Jidu Robo-02 dan mempunyai ciri-ciri reka bentuk seperti Ji Yue 01. Ia mempunyai jejalur lampu siang yang nipis di hadapan, butang menggantikan pemegang pintu serta spoiler aktif dan lampu belakang yang bersambung.

Baru-baru ini, unit ujian Ji Yue 02 telah berjaya dikesan berhampiran ibu pejabat syarikat tersebut dan masih sarat dengan pelitup penyamaran.

Ukuran panjang Ji Yue 02 kira-kira 4.8 meter, dan berkongsi pelantar yang sama dengan Volvo EM90, Volvo EX30, Polestar 4, smart #1, smart #3, Lotus Eletre, Geely Galaxy E8, dan beberapa model lain lagi.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ia akan berkongsi pilihan rangkaian kuasa yang sama dengan Ji Yue 01, iaitu:

  • Pacuan roda hadapan (RWD), 272 kuasa kuda (200kW), 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat, bateri LFP 71.4-kWj
  • Pacuan semua roda (AWD), 544 kuasa kuda (400 kW), 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat, bateri ternari (NMC) 100-kWj

Antara ciri-ciri lain model ini ialah sistem pemanduan pemanduan pintar dari Baidu yang tidak menggunakan penderia LiDAR. Sistem ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kamera, termasuklah tujuh kamera 8-megapiksel.

Penderia Ji Yue 02 termasuklah empat kamera 3-megapiksel, 12 unit radar ultrasonik dan 5-radar lima millimeter. Ia turut dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin-X.

Model sedan elektrik ini akan dipasang di kilang pintar Zeekr yang terletak di Ningbo. Lebih perincian berkenan dengan model sedan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply