ARKIB

KATEGORI

Buletin

SST: Harga kereta Volkswagen pemasangan tempatan lebih murah berbanding GST

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan harga semua model Volkswagen yang disemak semula dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Kecuali model CBU, harga baharu kereta Volkswagen kini lebih murah berbanding GST 6 peratus.

Selain itu Skim Perlindungan Harga (PPS) VPCM masih lagi terpakai untuk semua model yang didaftarkan sebelum 15 November 2018 dan sementara stok masih ada. Sejak pengenalan PPS, VPCM telah melihat peningkatan permintaan untuk model Volkswagen. VPCM sedag berusaha untuk memenuhi permintaan kerana stok adalah terhad dan pelanggan digesa untuk tidak melengahkan tempahan mereka.

Berikut adalah perbandingan harga untuk model pemasangan tempatan dan jumlah penjimatan di bawah PPS:

Model Harga dengan 6% GST (sebelum 1 Jun)Harga dengan SST

(1 September seterusnya)

 Harga dengan 0% GST (1 Jun – 31 Ogos)

*Harga sah semasa dengan PPS

PoloRM76,888RM74,990RM72,488
Vento ComfortlineRM86,888RM84,690RM81,888
Vento HighlineRM93,888RM91,490RM88,488
Tiguan ComfortlineRM148,888RM146,690RM138,888
Tiguan HighlineRM168,888RM165,990RM158,888
Passat ComfortlineRM179,990RM176,690RM169,488
Passat HighlineRM198,990RM195,390RM187,488

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Berikut adalah perbandingan harga untuk model yang diimport dan jumlah penjimatan yang diserap oleh VPCM:

Model Harga dengan 6% GST (sebelum 1 Jun)Harga dengan SST (1 September seterusnya) Harga dengan 0% GST (1 Jun – 31 Ogos)

*Harga sah semasa dengan PPS

BeetleRM147,888RM154,190RM139,488
Golf R-LineRM169,990RM173,390RM159,888
Golf GTIRM239,990RM246,490RM225,888
Golf RRM295,990RM304,390RM278,888

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, selaras dengan inisiatif Kerajaan, syarikat sangat gembira kerana struktur cukai baharu telah membolehkan harga kenderaan keluarannya menjadi lebih kompetitif. Dengan struktur cukai baharu, penurunan harga Volkswagen adalah di antara 1.5 peratus untuk Tiguan Comfortline hingga ke 2.6 peratus untuk Vento Highline berbanding struktur cukai terdahulu dengan GST.

Untuk perkhidmatan selepas jualan, harga ditentukan oleh kadar cukai perkhidmatan, dan pelanggan boleh memuat turun panduan penetapan harga yang disemak di laman web Volkswagen. Kesemua model Volkswagen didatangkan dengan 3-tahun penyelenggaraan percuma, 5-tahun jaminan pengilang dan 5-tahun bantuan tepi jalan.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply