ARKIB

KATEGORI

Buletin

Struktur baru SST lebih baik untuk ekosistem automotif, kata PDA dan KVP

Views

Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu kerana ianya dapat membantu mengurangkan harga kenderaan Perodua. Struktur SST, yang mengenakan kadar cukai sebanyak 10 peratus untuk jualan dan 6 peratus untuk perkhidmatan, hanya dilaksanakan sekali sahaja di permulaan rantaian perniagaan.

Presiden Kelab Vendor Perodua, En Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menerangkan kepada kami bagaimana struktur cukai baharu ini dilaksanakan. Berdasarkan struktur cukai baharu ini, kos keseluruhan kenderaan dapat dikurangkan sebanyak 1 peratus hingga 3 peratus (berbanding harga di bawah 6 peratus GST).

Beliau turut berteima kasih pada Perodua kerana telah membuat pesanan komponen dan alat ganti kenderaan yang besar, sekaligus mengekalkan ekosistem automotif Malaysia. Semalam Perodua mengumumkan bahawa harga kenderaannya telah dikurangkan antara 1 peratus dan 3 peratus untuk kebanyakan modelnya berbanding senarai harga di bawah era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjual 140,900 unit antara Januari dan Julai 2018, peningkatan sebanyak 18.8 peratus daripada 118,600 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Musa berharap kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di dalam ekosistem automotif Malaysia, bermula dari pembekal auto, pengeluar peralatan asli sehingga para pengedar sah untuk sebarang dasar yang dibuat pada masa akan datang.

Presiden PDA, En Khairul Nizam Ayob turut mengucapkan terima kasih kepada Perodua dan kerajaan kerana menyokong mereka. Pengurangan harga di antara 1 peratus dan 3 peratus berbanding harga semasa era GST akan menjadikan industri lebih kompetitif. Mereka akan bekerja lebih keras untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan dan amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Perodua.

Beliau turut menyeru kepada para pelanggan untuk mengunjungi pusat jualan dan pusat servis Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga baharu kenderaan keluaran Perodua. Penasihat jualan dan servis yang sah amat berbesar hati untuk melayani anda.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply